Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

Relawan gigih bantu jiran tetangga di Nee Soon, golongan memerlukan

Jul 20, 2023 | 02:53 PM



Hasrat menghulur bantuan boleh berputik dari rumah.

Bersandarkan kepada pemahaman itu, Cik Maswati Masduki, pekerja bebas yang tinggal serumah bersama ayah dan adik lelakinya, giat mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan anjuran GRC Nee Soon.

Beliau dalam lingkungan 50-an tahun, tidak mendaftarkan diri sebagai ahli GRC itu, tidak ingin membataskan dirinya, tetapi mengembangkan keinginannya untuk membantu seramai mungkin golongan yang memerlukan, tidak kira di mana atau siapa.

Penglibatan aktif yang disuntik dengan keramahan dan keceriaannya membuat beliau dikenali sebagai di antara sukarelawan dan ahli akar umbi GRC di Nee Soon. Kegigihannya turut menarik perhatian Anggota Parlimen (AP) bagi kawasan Nee Soon Link, Encik Derrick Goh.

“Cik Mas merupakan seorang contoh baik yang mewujudkan semangat kejiranan di Nee Soon. Keprihatinannya terhadap orang ramai dalam masyarakat kami sangat memberangsangkan.

“Saya bersyukur kerana mempunyai penduduk yang prihatin seperti Cik Mas di Nee Soon Link. Semangatnya yang berkobar-kobar merupakan sebab mengapa kami sering katakan bahawa Nee Soon seperti sebuah rumah yang penuh dengan kasih sayang,” kata Encik Goh.

Beliau yang sering mengambil bahagian dalam kegiatan sukarelawan anjuran GRC Nee Soon giat membantu golongan memerlukan dengan cara tersendiri – iaitu menerusi masakan dan makanan.

Tidak kira pekerja pembersihan di kawasan itu atau pekerja asing dari Malaysia, beliau sentiasa ada untuk menghulurkan bantuan.

Sebelum Covid-19, Cik Maswati suka memberi makanan kepada jiran-jirannya. Namun, kesedaran tentang jumlah pekerja Malaysia yang terkandas di Singapura akibat pandemik itu membuatnya ingin membantu.

“Mereka dibiarkan di Singapura tanpa anggota keluarga dan harus menanggung kos sara hidup yang tinggi.

“Adakalanya, mereka memberitahu saya yang mereka hanya makan sekali dalam sehari. Oleh itu, saya cuba untuk masak dan sediakan barangan keperluan untuk mereka,” kata Cik Maswati.

Barangan keperluan dan makanan yang beliau sediakan untuk pekerja dari Malaysia dan sesiapa sahaja yang memerlukan adakalanya diletak di ruang meja yang disediakan di luar unit rumah Cik Maswati.

Beliau juga tidak teragak-agak untuk ke kawasan yang lebih dekat dengan penginapan pekerja-pekerja itu untuk memberi makanan dan barangan keperluan kepada mereka.

“Kami yang sering membeli makanan di luar tiga kali sehari pun adakalanya teringin untuk rasa air tangan ibu atau nenek di rumah. Apatah lagi mereka yang dipisahkan daripada anggota keluarga. Perkara ini membuat saya terfikir,” tambah beliau.

Menurut Cik Maswati, usahanya membantu menguruskan jenazah pekerja asal Malaysia yang meninggal dunia akibat kemalangan antara yang paling bermakna dan membuat beliau sangat terkesan.

“Saya cuba sedaya upaya untuk pastikan mereka dapat dikebumikan dengan sempurna, walaupun jauh daripada anggota keluarga.

“Sifat ingin membantu ini bukan hanya terletak kepada pembahagian wang atau makanan. Bantuan boleh diberi dari segi emosi juga. Walaupun kami tidak kenal antara satu sama yang lain, ia tidak menghalang saya daripada membantu,” kata Cik Maswati.

Walaupun Singapura kini sudah menyesuaikan diri dengan cara hidup selepas gelombang Covid-19, Cik Maswati masih lagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura tidak lama lagi, Cik Maswati ada rancangan untuk mengadakan barbeku bersama sukarelawan, pekerja pembersihan, jiran dan rakan-rakan di Nee Soon.

Apabila ditanya mengapa beliau sering membantu, tidak kira agama dan bangsa, Cik Maswati mengingat pesanan bapa kepadanya: “Bapa saya sering ingatkan, jika seseorang itu meminta tolong, jangan biarkan dia balik dengan tangan yang kosong.

“Kita tidak perlu kaya untuk menghulurkan bantuan kepada orang lain. Ia bukan tentang wang atau kekayaan yang ada. Ucapan, senyuman dan sokongan dari segi emosi juga boleh membahagiakan seseorang yang sedang alami kesusahan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >