Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja 14 tahun mengaku salah ancam tikam orang di sekolah dengan senjata buatannya 

Feb 04, 2023 | 05:07 PM



Seorang budak lelaki berusia 14 tahun yang membuat senjata menggunakan pisau dapur dan tiang buluh telah mengancam untuk menikam orang di sekolahnya.



Remaja itu, kini berusia 15 tahun, telah mengaku salah atas dakwaan sengaja menimbulkan kebimbangan dengan membuat ancaman dan dijatuhi hukuman enam bulan di pusat pemulihan juvenil. 



Dokumen mahkamah pada 26 Januari menyatakan bahawa remaja itu telah menjadikan gambar senjata buatannya sebagai gambar profil WhatsAppnya. 



Ia dilihat pada 2022 oleh rakan sekelas dan guru tingkatan, yang memaklumkan ibunya.



Memandangkan dia "mengamuk secara tiba-tiba", ibunya bimbang akan keselamatan dirinya dan suaminya yang terlantar di katil lantas melaporkan kejadian itu kepada polis pada keesokan hari. 



Setibanya polis di rumah, remaja itu didapati telah mengunci diri di dalam biliknya dan enggan membuka pintu. Apabila polis membuka kunci pintu dengan kunci, dia mengacukan senjata yang dibuatnya. 



Dia berjaya ditangkap tanpa sebarang pergelutan. 



Remaja berkenaan disahkan mengalami  gangguan komunikasi sosial dan gangguan penyesuaian, tetapi didapati berfikiran waras.



Menurut dokumen mahkamah, remaja lelaki itu mempunyai pandangan ekstremis mengenai pengganasan dan radikalisasi serta melahirkan fikiran untuk mencederakan dirinya dan rakan sekolah. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >