Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja dihukum probesen kerana hamilkan budak bawah umur

Aug 21, 2021 | 05:30 AM



SEORANG remaja lelaki, yang membuat seorang budak bawah umur mengandung sewaktu dia di bawah siasatan bagi kegiatan seksual bersama seorang lagi budak perempuan bawah umur, dihukum probesen selama 15 bulan semalam.



Sebagai sebahagian probesennya, warga Singapura itu, yang sekarang berusia 17 tahun, tidak boleh keluar rumah dari 10 malam hingga 6 pagi setiap hari dan harus menjalankan perkhidmatan masyarakat selama 40 jam.



Ibu bapa dan mak cik sebelah ibunya melaksana satu bon berjumlah $5,000 untuk memastikan dia berkelakuan baik.



Remaja itu mengaku bersalah pada Jun terhadap dua tuduhan melakukan penetrasi seksual ke atas seorang budak bawah umur.



Nama dia dan dua mangsanya itu tidak boleh disiar atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mereka.



Butiran mengenai tempat kesalahan itu berlaku juga disunting dari dokumen mahkamah.



Remaja itu tahu kedua-dua mangsanya berusia di bawah 16 tahun apabila dia melakukan kesalahan itu.



Mangsa pertama, berusia 14 tahun, pergi ke rumah seorang rakan untuk bermalam pada Februari tahun lalu dan bertemu remaja tersebut di situ.



Budak perempuan itu sedang berehat di katil apabila remaja berkenaan mendekatinya, membuka zip seluar jeannya dan melakukan penetrasi seks terhadapnya.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan bagaimana kesalahan itu diketahui, tetapi remaja tersebut sedang di bawah siasatan apabila dia menyasarkan seorang budak perempuan berusia 15 tahun, temanitanya ketika itu.



Mangsa kedua lari dari rumah lewat Oktober tahun lalu dan mencari tempat berteduh di rumah remaja itu.



Mereka tidur bersama di katil sama dan melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.



Budak itu kemudian mengandung tetapi mengalami keguguran dan dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).



Bagi setiap tuduhan melakukan penetrasi seksual ke atas budak bawah umur, pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >