Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja dikenakan probesen kerana miliki imej, video seksual kanak-kanak

Jun 13, 2023 | 04:48 PM



Seorang remaja , 19 tahun, telah dikenakan hukuman probesen 18 bulan pada Selasa kerana memilki 1,282 imej dan video kanak-kanak berunsur seksual dan eksplisit dalam simpanannya.

Sebagai sebahagian daripada probesennya, remaja tersebut perlu kekal dalam rumah pada 10 malam hingga 6 pagi setiap hari, melakukan 100 jam perkhidmatan masyarakat dan hadiri kaunseling khusus kesalahan.

Bapa tirinya juga diikat dengan bayaran $5,000 untuk memastikan kelakuan baik remaja itu.

Pada Disember 2022, remaja itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan memiliki bahan penderaan kanak-kanak.

Dia tidak boleh dinamakan kerana dia berusia 16 tahun ketika ditangkap dalam serbuan pada April 2020.

Mereka yang berumur di bawah 18 tahun dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Serbuan itu dilakukan selepas agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa Interpol Ottawa di Kanada memaklumkan polis Singapura tentang alamat protokol Internet (IP) tempatan yang dikaitkan dengan penghantaran bahan penderaan seksual kanak-kanak.

Pada September 2019, dia telah memuat turun platform pemesejan yang berpangkalan di Kanada, Kik, ke telefonnya kerana dirundung rasa bosan.

Dia mula berkomunikasi dengan pengguna Kik secara rawak yang bertanya kepada sama ada dia menonton pornografi melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Dia tahu bahawa memiliki pornografi kanak-kanak adalah satu kesalahan jenayah, kata pihak pendakwaan.

Di antara September dan November 2019, dia menghantar satu imej lucah kepada pengguna Kik lain, dan telah digantung daripada platform.

“Dia panik dan segera menghapuskan aplikasi itu daripada telefon, tetapi tidak memadamkan bahan lucah yang dimuat turunnya,” kata Timbalan Pendakwa Raya Ng Jun Chong semasa prosiding pada 2022.

Pada November 2019, Interpol Ottawa memberitahu polis Singapura tentang alamat IP tempatan yang dikaitkan dengan imej lucah yang dihantar oleh remaja itu.

Pegawai menyerbu rumahnya pada 29 April 2020, dan menemui bahan-bahan yang mensabitkan kesalahannya, di telefonnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >