Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja ditahan cuba jual vape kepada budak 13 tahun di Toa Payoh

Dec 01, 2023 | 02:52 PM



Seorang remaja 18 tahun telah ditahan selepas dia ditangkap cuba menjual ‘vape’ atau rokok elektronik kepada budak lelaki 13 tahun di taman permainan.

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berkata pada Jumaat bahawa suspek telah ditahan semasa operasi di taman permainan yang terletak di Toa Payoh pada Rabu, selepas menerima maklumat bahawa remaja itu telah menjual rokok elektronik di sana.

Lebih 700 rokok elektronik dan komponen lain yang berkaitan, dengan anggaran nilai $15,400, telah dirampas dari kediaman remaja berusia 18 tahun itu di Toa Payoh, menurut laporan The Straits Times.


Dia kini sedang membantu siasatan, kata HSA.

HSA memberi amaran bahawa ia “tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang menjalankan aktiviti haram seperti menjaja rokok elektronik terlarang kepada orang ramai, terutama kepada belia dan pelajar”.

Seorang lelaki 36 tahun yang bekerja di West Mall didenda $13,700 pada 23 November kerana menjual rokok elektronik dan komponen berkaitan kepada pelajar, tambahnya.

Pada Oktober, ST melaporkan bahawa sekitar 800 pelajar telah dirujuk kepada HSA kerana kesalahan berkaitan dengan rokok elektronik pada 2022 – peningkatan mendadak daripada 2019 dan 2018, apabila angka kededua tahun dicampur menjadi kurang daripada 50.

Pelajar yang tinggal di asrama di beberapa universiti tempatan berkata budaya mengewap berterusan, kerana sesetengah penduduk menjual semula rokok elektronik yang dibeli secara pukal daripada peniaga, jelas laporan itu.

Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan) melarang import, pengedaran, penjualan atau tawaran bagi penjualan produk tembakau tiruan.

Ini termasuk tembakau syisya, tembakau tanpa asap dan tembakau kunyah seperti gutkha, khaini dan zarda, serta rokok elektronik dan alat sampingannya.


Sesiapa yang disabitkan dengan kesalahan boleh didenda sehingga $10,000, atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Kesalahan kedua atau seterusnya boleh didenda sehingga $20,000, atau penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Ia juga merupakan satu kesalahan untuk membeli, menggunakan dan memiliki produk tersebut. Denda adalah sehingga $2,000 setiap kesalahan. Semua barangan tembakau terlarang juga akan dirampas.

Maklumat berkaitan produk tembakau terlarang di Singapura boleh didapati di laman web HSA.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan mengimport, mengedar, menjual atau tawaran untuk menjual rokok elektronik secara haram boleh menghubungi Cawangan Peraturan Tembakau HSA di 6684-2036 atau 6684-2037 pada waktu pejabat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >