Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja ditangkap kerana jual dadah kepada budak 14 tahun

Nov 22, 2019 | 04:56 PM



SEORANG budak lelaki berusia 15 tahun ditangkap selepas menjual dadah Ice kepada seorang budak perempuan berusia 14 tahun.



Budak lelaki itu, yang disyaki mengedar dadah, serta budak perempuan itu, yang disyaki menyalah guna dadah, merupakan antara 70 suspek yang ditangkap bagi kesalahan dadah semasa satu operasi empat hari yang dijalankan di serata negara oleh Biro Narkotik Pusat (CNB).



Operasi it berlangsung dari Isnin lalu hingga hari ini (22 Nov), menurut CNB menerusi satu kenyataan hari ini.



Dadah bernilai $71,000 dirampas semasa operasi tersebut.



Ini termasuk 9 gram bahan psikoaktif baru (NPS), 20 gram heroin, 704 gram Ice dan tablet Ecstasy.



Operasi itu antara lain dijalankan di Bedok, Choa Chu Kang, Tampines, Telok Blangah dan Yishun.



CNB sedang menyiasat kegiatan dadah semua suspek yang ditangkap.



Tambahnya, 704 gram Ice yang dirampas dalam operasi tersebut boleh memenuhi ketagihan lebih 400 pesalah guna selama seminggu.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >