Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja dituduh bunuh bapa direman seminggu lagi

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



REMAJA yang dituduh membunuh bapanya di Yishun akan direman untuk seminggu lagi.



Sylesnar Seah Jie Kai, 19 tahun, dituduh membunuh bapanya, Encik Eddie Seah Wee Teck, 47 tahun, pada Isnin lalu, antara tingkat empat dengan lima di Blok 653, Yishun Avenue - tempat tinggal mereka.



Remaja itu tampil dalam mahkamah menerusi pautan video semalam dengan memakai baju polo merah.



Dia diwakili oleh Encik Sunil Sudheesan dari firma guaman Quahe Woo dan Palmer.



Pihak pendakwaraya telah memohon Sylesnar Seah direman lanjut, dengan mengatakan bahawa siasatan polis hanya di peringkat awal.



Pihak pendakwa menambah bahawa masih banyak siasatan yang perlu dilakukan, termasuk rakaman kenyataan, pengambilan barang bukti utama dan membawa tertuduh kembali ke tempat kejadian untuk lawatan tapak.



Encik Sudheesan meminta mahkamah untuk diberikan akses kepada anak guamnya selama sejam.



Beliau berkata: "Saya bersedia pada bila-bila masa hari ini untuk bercakap dengan tertuduh... yang saya minta hanyalah sejam."



Tetapi pihak pendakwa membantah perkara itu dengan mengatakan bahawa polis perlu menjalankan siasatan mereka dengan betul dan objektif.



Hakim Daerah Encik Terence Tay bersetuju dengan pihak pendakwa, tetapi mengarahkan supaya risalah Persatuan Undang-undang diberikan kepada tertuduh.



Sylesnar Seah akan direman di Divisyen Polis Pusat, dengan kebenaran untuk dibawa keluar bagi siasatan.



Sebelum perbicaraan berakhir, dia telah cuba untuk bercakap dalam mahkamah, tetapi dihalang oleh hakim.



Sylesnar Seah berkata: "Saya akan jujur dengan anda, saya ingin membuat permintaan yang tidak munasabah.



"Saya sudah memberikan semua bukti, saya akan bekerjasama dalam apa jua cara yang mungkin.



"Tetapi, saya mempunyai permintaan yang tidak munasabah kerana ini berkaitan dengan hukuman, dengan hidup saya... walaupun hukuman diringankan..."



Hakim Tay kemudian menghalangnya, mengatakan ia mungkin tidak sesuai untuk dia terus bercakap.



Sylesnar Seah dijadual hadir di mahkamah melalui pautan video sekali lagi pada 20 Oktober.



Rekod perniagaan menyenaraikan mangsa dan isterinya sebagai rakan kongsi dalam perniagaan yang berurusan dalam pembelian, penjualan dan penyewaan hartanah.



Pasangan itu, yang telah berkahwin sejak 1994, mempunyai dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Tertuduh merupakan anak bongsu mereka.



Keluarga itu tinggal di sebuah unit di tingkat lima.



Polis berkata mereka menerima panggilan bantuan pada 7.05 malam, namun apabila pegawai tiba di tempat kejadian, mereka mendapati mangsa terbaring dan tidak bergerak di luar unit kediaman.



Beliau disahkan meninggal dunia oleh paramedik, dan Sylesnar Seah diberkas di tempat kejadian.



Mereka yang sabit kesalahan membunuh menghadapi hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >