Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja gigih bantu keluarga walau diri sendiri tanggung penyakit

Sep 17, 2022 | 05:30 AM



KEHIDUPANNYA mungkin terikat di kerusi roda, tetapi ia sama sekali tidak menghambat keazaman untuk berusaha berdikari dalam menjalani kehidupan.



Malah dengan jiwanya yang besar, Tamimi Pohan, 17 tahun, bertungkus lumus membantu keluarganya mencari rezeki setiap hari di samping mengimbangi tuntutan sekolah sedangkan dirinya sendiri menanggung derita penyakit tulang rapuh atau dikenali sebagai osteogenesis imperfecta.



Setiap hari setelah pulang dari sekolah, Tamimi akan menghadap telefon bimbitnya, buka aplikasi Facebook, dan memulakan sesi 'live' untuk bantu dalam jualan 'lelong' bagi lauk pauk yang dimasak ayahnya.



Ketika ditemui Berita Harian (BH) baru-baru ini, pelajar menengah tiga itu berkata:



"Saya tidak rasa penat melakukan ini semua. Saya berharap saya dapat bantu ibu bapa saya."



Sikapnya amat positif walaupun kehidupan keluarganya serba sederhana.



Ini setelah ayahnya, yang menghidap masalah jantung, dibuang kerja tanpa pampasan dua tahun lalu apabila syarikat yang menggajikan ayahnya itu terjejas dengan kesan Covid-19.



Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, ibunya pula diberhentikan kerja setahun kemudian akibat penyakit tulang belakang yang membuatkan pergerakan ibunya lambat dan tidak stabil.



Memburukkan keadaan lagi, anggota keluarga Tamimi yang tinggal sebumbung dengannya juga berpenyakit - kakaknya mengalami epilepsi dan neneknya menghidap demensia, glaucoma serta barah buah dada tahap empat.



Dengan keadaan keluarganya yang sakit, pelajar Sekolah Menengah Outram itu terpaksa bangkit dan kuatkan semangat diri, lantas anak muda itu memulakan perniagaan dari rumah dua tahun lalu.



Ini setelah dia menangguhkan persekolahannya buat sementara waktu untuk elak keluar dari rumah kerana sistem imunnya yang lemah dan bimbang sekiranya dijangkiti Covid-19.



Justeru bagi mengisi masanya, Tamimi mula menjual buku, alat menulis, mainan terpakai, dan barangan elektronik baru menerusi laman Facebook, Potato Shop yang ditubuhnya.



"Saya tubuhkan Potato Shop kerana ibu bapa saya tidak mempunyai pekerjaan. Ibu saya sakit dan beliau hilang sumber pendapatannya," katanya.



Kini, Tamimi menjual makanan yang dimasak oleh ayahnya, dan pada masa yang sama menjual mainan kereta hotwheels.



Selain beban kewangan yang dipikul, ibu Tamimi, Cik Sarina Siregar, 56 tahun, sentiasa khuatir akan keadaan anaknya.



"Setiap hari saya akan terfikir, siapa yang akan menjaga beliau sekiranya saya sudah tiada lagi nanti?" katanya, tidak dapat menahan sebak.



Buat masa ini, suaminya terpaksa mengangkat Tamimi setiap kali anak muda itu ingin ke tandas kerana Tamimi tidak mampu berdiri sendiri.



Justeru, Cik Sarina kini sedang gigih mengumpul dana menerusi laman GoGetFunding supaya dapat mengubah suai dapur dan tandas rumahnya agar mesra kerusi roda buat Tamimi, yang kini sudah kembali menyambung persekolahannya.



"Sekurang-kurangnya, anak saya dapat berdikari... dapat ke tandas sendiri... ke dapur menggunakan kerusi roda," tambah Cik Sarina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >