Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja guna alat pemetik api berbentuk pistol laku rompakan

Oct 18, 2022 | 05:30 AM



BERBEKAL alat pemetik api yang berbentuk seperti pistol, seorang remaja dan seorang lelaki didakwa memasuki kedai gunting di Pusat Beli-Belah Katong, Jumaat lalu, dan merompak sebanyak $900 daripada mangsa mereka.



Kededuanya yang kemudian didakwa terlibat dalam satu kes kecurian di satu kediaman diberkas dalam masa 24 jam selepas kesalahan pertama dilakukan.



Mereka didakwa dengan tuduhan merompak semalam.



Lelaki yang terlibat dalam kejadian itu adalah Ho Heen Seng, 36 tahun, seorang warga Malaysia.



Remaja berusia 14 tahun itu tidak boleh didedahkan identitinya kerana mereka di bawah usia 18 tahun dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Belia.



Polis berkata mereka diberitahu tentang rompakan itu di 856 Mountbatten Road, alamat bagi Pusat Beli-Belah Katong, pada sekitar 10 malam, Jumaat lalu.



Selepas mengancam mangsa berusia 71 tahun itu dengan alat pemetik api berbentuk pistol, lelaki dan remaja itu dikatakan menahan mangsa dan mencuri wang tunai.



Polis pula mengesahkan tiada yang cedera dengan kededua-dua remaja dan lelaki itu meninggalkan tempat kejadian dengan wang yang dirompak selepas mangsa memekik meminta tolong dan alat pemetik api berkenaan pula ditinggalkan.



Para pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Jabatan Risikan Polis dan Divisyen Polis Bedok dikerahkan.



Dengan bantuan televisyen litar tertutup dan kamera polis, pasangan itu dikenal pasti dan ditangkap dalam masa 24 jam kejadian berlaku.



Wang tunai ditemui pada mereka dan dirampas. Siasatan pula mendedahkan bahawa mereka terlibat dalam satu kecurian di kediaman sekitar Sims Place pada Sabtu lalu sekitar 12.30 tengah malam.



Kes itu melibatkan wanita berusia 40 tahun yang dikatakan kehilangan dua jam tangan, seutas rantai dan sebuah beg.



Rantai itu ditemukan semula dan dirampas daripada seorang wanita 31 tahun. Wanita itu diberkas kerana secara tidak jujur menerima harta benda yang dicuri.



Penolong Pesuruhjaya Polis, Justin Wong Xing Shun, komander di Divisyen Polis Bedok berkata:



"Kamera CCTV, bersama dengan bantuan daripada masyarakat serta kerja siasatan detektif yang berkesan, membolehkan polis menghurai kes ini dalam masa 24 jam."



Jika didapati bersalah melakukan rompakan selepas 7 malam dan sebelum 7 pagi, kededuanya boleh dipenjara antara tiga hingga 14 tahun.



Ho pula boleh disebat hingga 12 sebatan.



Mereka yang dituduh mencuri dalam sesebuah kediaman boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda.



Mereka yang didakwa tidak jujur menerima harta benda yang dicuri boleh dipenjara hingga lima tahun, didenda atau kededuanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >