Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja wanita didakwa laku gangguan tailong

Aug 21, 2022 | 05:30 AM



SEORANG remaja wanita berusia 18 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu kes gangguan tailong.



Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata ia dimaklumkan pada 15 Ogos tentang satu kes gangguan tailong melibatkan sebuah unit di Tampines Street 83 disimbah pencair dan nota pemiutang diletak di lantainya.



Melalui siasatan dan dengan bantuan rakaman kamera polis, pegawai Divisyen Polis Bedok mengenal pasti identiti remaja itu dan menahannya pada 17 Ogos. Sebuah telefon bimbit dirampas sebagai bahan bukti.



Remaja itu dihadapkan ke mahkamah semalam.



Jika disabit kesalahan di bawah Akta Peminjam Wang 2008, pesalah kali pertama gangguan tailong boleh didenda antara $5,000 dengan $50,000 dan dipenjara hingga lima tahun serta disebat hingga enam kali.



"Polis tidak akan bertolak ansur terhadap aktiviti gangguan tailong.



"Mereka yang sengaja merosakkan harta benda, menimbulkan kegusaran atau mengganggu keselamatan dan keamanan awam akan ditangkap dan dikenakan tindakan berat mengikut undang-undang," kata polis dalam kenyataannya.



Orang ramai boleh menghubungi polis di talian 999 atau hotline X-Ah Long (1800-924-5664) jika mereka mengesyaki atau mengenali sesiapa yang mungkin terlibat dalam aktiviti tailong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >