Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TUKANG URUT MILENIAL

Dua rakan bawa khidmat urut ke rumah pelanggan

Tukang urut dalam masyarakat Melayu biasanya dikaitkan dengan 'mak cik' atau 'pak cik' yang berpengalaman dalam bidang rawatan tradisional. Kini, lebih ramai anak muda, termasuk golongan milenial, yang membawa sentuhan segar kepada pelbagai jenis urut tradisional mahupun moden, sedang bidang kesejahteraan terus mendapat permintaan di Singapura. BERITA HARIAN mewawancara beberapa anak muda yang berkecimpung dalam bidang urut ini.
Oct 10, 2022 | 05:30 AM



APABILA dua sahabat ini membincangkan untuk menubuhkan perniagaan bersama, mereka mencari-cari idea untuk menawarkan khidmat yang lain daripada lain.



Encik Hafizul Abdul Ghani dan Encik Muhammad Faizal Mohd Nor, kededuanya 38 tahun, akhirnya memulakan syarikat M2 Massage, yang membawa khidmat urut - lengkap dengan katil urut dan pengalaman spa seperti aromaterapi - ke rumah pelanggan.



Sejak ditubuhkan pada 2018, perniagaan itu kian berkembang dan mereka kini mempunyai 12 tukang urut yang sedia pergi ke rumah pelanggan bagi menawarkan pelbagai jenis urut daripada jenis Swedish, Thai, hingga urut sebelum dan selepas bersalin.



Malah, Encik Hafizul, yang pada mulanya tidak berminat dalam bidang urut, mula mengambil kursus dalam bidang urut sukan, dan kini mengambil diploma Majlis Pemeriksaan Terapi Antarabangsa (Itec) dalam urut holistik.



"Pada mulanya saya tak ada pengetahuan atau minat langsung dalam bidang urut.



"Tetapi setelah kami mulakan perniagaan ini dan menerusi perbualan saya dengan ahli terapi kami, mereka kongsi rasa puas hati mereka dapat bantu dan beri rawatan kepada pelanggan, walaupun penat kerja berjam-jam.



"Itu yang buat saya mahu tahu lebih lanjut tentang bidang urut ini," ujar Encik Hafizul, yang sebelum ini mengendali perniagaan keluarga menjual nasi lemak.



Bapa seorang anak berusia enam tahun itu kini merupakan antara empat tukang urut lelaki di bawah syarikat tersebut.



Sedang Encik Hafizul memberi tumpuan kepada khidmat urut dan mengendali pasukan ahli terapi, rakannya Encik Faizal pula mengusahakan aspek pemasaran dan pembangunan perniagaan itu.



Encik Faizal akur lebih ramai generasi muda yang kini tampil untuk menjadi tukang urut dan berkecimpung dalam bidang urut dan kesejahteraan, sedang permintaan bagi khidmat tersebut terus meningkat.



"Kami suka melihat generasi lebih muda terlibat juga dalam industri ini kerana memang ada kekurangan orang yang memberi khidmat ini.



"Kami sendiri tidak dapat memenuhi semua permintaan kerana kekurangan tenaga kerja," ujar Encik Faizal, bapa empat anak, yang juga bekerja sebagai seorang kapten bot.



Perniagaan urut itu kini mendapat sekitar 10 tempahan setiap hari, dengan permintaan yang telah meningkat secara mendadak sejak pandemik Covid19 dan kekal hingga sekarang.



Dua sahabat itu juga mengimbas betapa sukarnya di permulaan perniagaan mereka, yang berbekalkan sebanyak $7,000 sebagai modal untuk membeli peralatan, katil dan keperluan lain.



Mereka tidak mempunyai klien dalam enam bulan pertama, sedang mereka perlahan-lahan cuba untuk membina kepercayaan dalam perniagaan mereka.



Kesabaran dan ketekunan mereka berhasil apabila perniagaan itu balik modal dan meraih keuntungan dalam tahun pertama.



Mereka juga akur banyak cabaran yang dihadapi untuk mengekalkan perniagaan itu, dan mereka sedaya upaya tidak membiarkan perniagaan itu menjejas persahabatan mereka, yang terjalin lebih 30 tahun lalu sejak mereka berusia lima tahun.



"Banyak kali kami sudah bergaduh kerana perniagaan ini. Kami syukur ikatan kami kukuh. Apa tak, kami sudah berkawan dari kecil lagi, dan apa pun kami selalu berbaik kembali," ujar Encik Hafizul.



Encik Faizal pula berkata: "Kadangkala kami fikir juga, berbaloi ke tak? Kami tak nak persahabatan kami terputus sebab perniagaan ini.



"Banyak kali kami nak 'give up'. Tetapi apabila saya 'down', Hafizul beri semangat. Begitu juga sebaliknya.



"Kami sokong satu sama lain. Maklum balas daripada pelanggan kami juga terus beri kami motivasi untuk bertahan kerana mereka kata mereka perlukan khidmat seperti ini."




"Kami suka melihat generasi lebih muda terlibat juga dalam industri ini kerana memang ada kekurangan orang yang memberi khidmat ini.



Kami sendiri tidak dapat memenuhi semua permintaan kerana kekurangan tenaga kerja.''



- Encik Muhammad Faizal Mohd Nor.



"Kali pertama saya datang jumpa klien, mereka kata 'mudanya awak'. Selama ini mereka pun tidak pernah ada tukang urut yang bawa katil sendiri, tuala sendiri.



Ada cakap harga mahal tetapi saya mahu 'set the standard'. Jadi apabila saya datang, pelanggan boleh relaks.



Mereka hanya perlu siapkan diri mereka dan tidak perlu susah-susah.''



- Cik Syafiqah Abdul Karim.



"Pada mulanya saya tak ada pengetahuan atau minat langsung dalam bidang urut.



Tetapi setelah kami mulakan perniagaan ini dan menerusi perbualan saya dengan ahli terapi kami, mereka kongsi rasa puas hati mereka dapat bantu dan beri rawatan kepada pelanggan, walaupun penat kerja berjam-jam.



Itu yang buat saya mahu tahu lebih lanjut tentang bidang urut ini.''



- Encik Hafizul Abdul Ghani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >