Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pabila ‘makcik’ sepentas veteran media

Gaya selamba 'makcik' dan pakcik Instagram tarik pengikut

Apakah tarikan penjana kandungan atau 'content creator' media sosial hari ini hingga berjaya menarik ribuan malah jutaan pengikut? Sedang ada penjana kandungan ini merupakan veteran dalam bidang penyiaran dan media, ada juga individu yang tidak mempunyai pengalaman sedemikian tetapi berani menampilkan diri di media sosial untuk menerbitkan kandungan. BERITA MINGGU mewawancara golongan mapan serta yang baru tentang pengalaman mereka menjana kandungan, dan apakah 'standard' penyiaran yang dianggap boleh diterima bahkan disambut baik pengguna media sosial.
Sep 25, 2022 | 05:30 AM



SEPERTI ramai 'makcik' lain, mereka 'menyenyeh' tentang asam garam kehidupan, bertukar-tukar resipi, atau berkongsi maklumat tentang tempat baru un'pak cik' di TikTok, tuk makan dan melancong.



Bezanya, mereka menggunakan telefon bijak untuk merakam gelagat mereka dan berkongsi dengan pengikut di media sosial.



Tiga beradik - Cik Aldila Mustapha, 53 tahun; Cik Sophiela Mustapha, 50 tahun; Noorhayati Mustapha, 44 tahun - merupakan penjana kandungan di balik laman 'makcikalertsg' di TikTok, Instagram dan Facebook.



Menggelar diri mereka 'Millennial Makciks', mereka menubuhkan laman itu pada 2019 kerana berminat mengumpul maklumat tentang tawaran atau promosi produk yang mungkin diminati golongan 'makcik' seperti mereka.



"Apabila Covid melanda, kami sedar kami boleh lakukan sesuatu untuk membantu perniagaan, khususnya HBB (perniagaan dari rumah) untuk promosikan produk mereka dalam platform kami.



"Memang mula-mula 'paiseh' juga nak tunjuk diri depan kamera. Sudah tentunya tak boleh bandingkan kami dengan orang lebih pengalaman seperti Sujimy, tetapi kami selamba sahaja," kata Cik Sophiela, seorang jurutera kanan yang mempunyai empat anak berusia 24 tahun hingga 16 tahun.



"Lagipun kami ini mak cik-mak cik, kami tak kisah sangat pun kalau bergaya selamba. Inilah style kami, #makcikstyle," kata Cik Aldila, yang bekerja sambilan sebagai pegawai akaun. Ibu dua anak berusia 27 tahun dan 25 tahun itu juga baru menimang cucu pertamanya.



Tiga 'makcik' itu juga sedar gaya selamba itulah yang boleh menarik pengikut yang melihat mereka sebagai 'relatable'.



"Kami mahu video kami nampak 'natural' sahaja seberapa mungkin," kata Cik Noorhayati, seorang suri rumah yang mempunyai enam anak berusia 23 tahun hingga tujuh tahun.



Meskipun akur kandungan mereka tidak boleh dibandingkan dengan yang lebih profesional, tiga beradik itu sedar mereka tetap memerlukan kemahiran untuk menjana kandungan di media sosial.



Oleh itu, mereka memanfaatkan Kredit SkillsFuture untuk mengambil kursus tentang kemahiran mengambil gambar dan menyunting video.



Mereka juga sedar penjanaan kandungan bukan mudah, serta memerlukan masa untuk memikirkan konsep, menyunting video, dan menulis kapsyen.



"Video satu minit sahaja boleh mengambil sejam untuk disunting. Tak termasuk masa untuk tulis kapsyen," kata Cik Sophiela.



Kerja keras dan sikap konsisten mereka dalam menjana kandungan itu berhasil, dengan lebih 14,000 pengikut di Instagram dan lebih 12,000 di TikTok.



"Tapi tolong jangan panggil kami 'influencer'. Kami hanya mahu buat kawan di media sosial," kata Cik Noorhayati.



Seorang lagi penjana kandungan di media sosial ialah blogger makanan, Encik Junadi Juri, atau lebih dikenali sebagai Hady Jay, yang merupakan pengasas laman 'Tersmell'.



Berita Harian (BH) melaporkan sebelum ini beliau telah mempromosikan dan membantu lebih 500 kedai makanan dan minuman (F&B) halal melalui ulasan makanannya di pelbagai wadah media sosial.



Beliau pernah mendapat jolokan Seetoh Makansutra (Versi Muslim). Encik KF Seetoh adalah wartawan foto dan usahawan terkenal yang membuka Makansutra sebagai syarikat yang meraikan dan menggalakkan budaya makanan dan projek kulinari.



Encik Hady menyertai kursus Facebook dan belajar daripada penjana kandungan lain di TikTok untuk meningkatkan mutu videonya demi mendekati penonton.



"Anda perlu mempunyai gaya yang tersendiri dan kreativiti. Penonton zaman sekarang lebih suka video yang ada maklumat berguna, menarik, dan mudah difahami. Jangan buat video terlalu panjang," kata Encik Hady, 60 tahun.



Ditanya jika penjana kandungan perlu mempunyai ciri-ciri atau bakat tertentu untuk berjaya, Encik Hady berkata:



"Anda perlu ada minat, dan tidak terlalu fikirkan nak buat duit. Perlu fokus apa kandungan yang ingin direka dan dikongsi seperti makanan, pelancongan, alam semula jadi, agama atau yang lain-lain.




"Apabila Covid melanda, kami sedar kami boleh lakukan sesuatu untuk membantu perniagaan, khususnya HBB (perniagaan dari rumah) untuk promosikan produk mereka dalam platform kami.

Memang mula-mula 'paiseh' juga nak tunjuk diri depan kamera. Sudah tentunya tak boleh bandingkan kami dengan orang lebih pengalaman seperti Sujimy, tetapi kami selamba sahaja.''

- Cik Sophiela Mustapha




"Lagipun kami ini mak cik-mak cik, kami tak kisah sangat pun kalau bergaya selamba. Inilah style kami, #makcikstyle.''
- Cik Aldila




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >