Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Restoran berwajah baru dibuka semula selepas ditutup dek pandemik

Nov 20, 2022 | 05:30 AM



Dengan tenaga kerja yang muda, infrastruktur yang baik serta ekonomi yang semakin kukuh, Vietnam merupakan salah satu negara yang dijangka tumbuh dengan pesat dalam tahun-tahun akan datang. Keadaan ekonominya serta persekitaran yang kondusif untuk berniaga juga merupakan antara ciri yang menarik lebih banyak perniagaan - tidak kira kecil atau besar - untuk bertempat di sana. BERITA MINGGU meninjau antara perniagaan Singapura yang telah menceburi pasaran negara itu.




SELAMA lebih dua tahun sejak pandemik melanda, hasil jualan sandwic 'hotdog' dan 'roti john' menjadi 'penyelamat' yang membantu Encik Mohamad Soffian Abdullah menyara hidup keluarga.



Beliau terpaksa menutup restorannya di Vietnam- yang dibuka sekitar 10 tahun lalu- pada Ogos 2020, disebabkan sekatan pergerakan yang dikenakan di negeri itu selama lebih enam bulan.



Encik Soffian, 47 tahun, dan isteri, Cik Salyhah, 27 tahun, yang asal dari Vietnam, memutuskan untuk menjual makanan ringan di rumah dan menawarkan khidmat penghantaran ke rumah pelanggan tetap mereka, sambil terus menaruh harapan agar perniagaan mereka dapat dihidupkan semula.



Justeru, apabila menerima panggilan beberapa bulan lalu dari pemilik bangunan di mana terletaknya restoran mereka sebelum itu yang bertanyakan sama ada mereka ingin kembali, Encik Soffian akui hampir menitiskan air mata.



Setelah menjalani proses ubah suai dan dilengkapkan dengan perabot dan alat yang diperlukan, restoran yang dikenali dengan nama 'The Daun' yang diberi nafas baru itu dilancarkan awal bulan ini, menurut Encik Soffian, semasa ditemui wartawan di Vietnam baru-baru ini.



Restoran yang menghidangkan juadah Melayu dan Vietnam itu terletak di kawasan Ben Thanh yang merupakan kawasan beli-belah yang popular.



Menu yang ditawarkan termasuk kopi telur yang popular di Vietnam serta sajian sajian tradisional Vietnam termasuk pho (mi sup daging), bun bo (mi daging pedas) dan ngo sen (salad tradisional Vietnam).



Ini selain masakan Melayu seperti tauhu telur, nasi goreng kampung dan kari ayam.



"Semasa pandemik itu kita dah tak boleh buat apa-apa lagi, terpaksa bagi balik tempat kerana tak dapat bayar sewa, jual semua perabot, pinggan mangkuk. Memang banyak rugi lah pasal memang tak boleh nak teruskan perniagaan," katanya.



Meskipun akui jumlah pelancong ke Vietnam kini tidak setinggi berbanding tempoh sebelum pandemik, Encik Soffian percaya keadaan akan bertambah baik tidak lama lagi.



Menurutnya, jumlah pelancong kini hanya 25 peratus jumlah prapandemik, dan beliau berharap ia akan meningkat sekurang-kurangnya ke tahap 60 peratus semasa tempoh 'peak' yang biasanya bermula pada hujung tahun.



Ditanya sama ada beliau berura-ura untuk kembali ke Singapura bersama keluarganya dan membuka perniagaan di sini, Encik Soffian berkata buat masa sekarang ini tidak langsung dipertimbangkan.



Menurutnya, sebelum memutuskan untuk memasuki pasaran di Vietnam, beliau telah meninjau sendiri peluang niaga di sana dan mendapati keadaan di sana lebih baik untuk beliau berniaga.



Meskipun persekitaran perniagaan di sana akan tetap terjejas dek kejadian yang tidak dijangkakan seperti pandemik, Encik Soffian percaya pasaran yang diceburinya itu membuahkan hasil yang lebih lumayan di sana.



"Dengan penduduk lebih 90 juta orang dan sebahagian besarnya adalah warga muda yang lebih terbuka untuk mencuba sesuatu yang baru dari negara lain, saya percaya potensi bidang makanan dan minuman agak cerah.



"Untuk perniagaan seperti saya, kalau kami dapat tarik perhatian hanya satu peratus daripada jumlah penduduk itu, sudah pun mencukupi," ujar Encik Soffian. - SITI AISYAH NORDIN




YAKIN DENGAN POTENSI VIETNAM

"Dengan penduduk lebih 90 juta orang dan sebahagian besarnya adalah warga muda yang lebih terbuka untuk mencuba sesuatu yang baru dari negara lain, saya percaya potensi bidang makanan dan minuman agak cerah.

Untuk perniagaan seperti saya, kalau kami dapat tarik perhatian hanya satu peratus daripada jumlah penduduk itu, sudah pun mencukupi.''

- Encik Mohamad Soffian Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >