Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Reunion’ Sekolah Perempuan Crescent himpunkan 220 alumni

Nov 07, 2023 | 05:59 PM



Lebih 200 bekas pelajar Melayu Sekolah Perempuan Crescent (CGS) menghadiri acara perjumpaan alumni CGS Dirgahayu Crescent, yang diadakan buat pertama kali, pada Ahad.


Acara tersebut berlangsung semasa jamuan tengah hari di Muslim Delights di Civil Service Club Changi dan menghimpunkan kumpulan alumni CGS dari kohort 1960 hingga 1999.

Menurut pengerusi majlis perjumpaan bekas pelajar Melayu CGS, Cik Azidah Kamis, acara tersebut dianjurkan untuk menjalinkan semula ikatan persahabatan yang mungkin telah terputus dan mengubat rindu anggota alumni.

Pemilik bersama Hajjah Mariam Cafe itu berkata: “Ada dalam kalangan senior atau teman-teman sudah berpulang dan kami tidak mahu terlepas peluang menjalin hubungan persahabatan kami semula dengan teman-teman yang masih ada.”

Menurutnya, ilham menganjurkan acara itu tercetus sekitar Julai dan apabila ia diuar-uarkan kepada alumni, ia menerima respons memberangsangkan.

Beliau, kohort CGS 1993, berkata pihak penganjur berjaya menjual 200 tiket dalam masa seminggu sahaja.

“Selepas itu, ada lagi bekas pelajar yang ingin turut serta dalam perjumpaan ini. Oleh itu, kami buka lagi beberapa tempat untuk mereka,” tambahnya.

Cik Azidah menjelaskan memang agak janggal bekerjasama dengan anggota majlis kerana ada daripadanya merupakan alumni CGS yang baru sahaja dikenali.

Sungguhpun demikian, semua anggota mempunyai tumpuan sama bagi menjayakan acara, di samping kemesraan yang lama-kelamaan terjalin menyusuli perbincangan untuk menganjurkan acara.

“Ahli jawatankuasa menjalankan tanggungjawab secara profesional dan terperinci walaupun tugas ini setakat kerja sukarela.

“Kami juga perlu saling menghormati dan meraikan perbezaan pendapat,” katanya.

Salah seorang bekas pelajar CGS yang hadir, Cikgu Nur Jamilah Harun, berkata beliau teruja dapat berkumpul dengan rakan-rakan – ada yang lebih tiga dekad tidak bertemu.

“Sebenarnya, ada antara kami yang bertemu sekurang-kurangnya setahun sekali tetapi salah seorang rakan saya yang telah berhijrah ke Kuala Lumpur telah lama tidak kami temui.

“Disebabkan acara ini, kami dapat bertemu beliau setelah 35 tahun tidak bertemu,” ujar bekas pelajar CGS kohort 1991.

Rakan tersebut, katanya, kini merupakan pensyarah di Universiti Malaya iaitu Dr Azizah Mainal.

Mengimbau zaman persekolahan semasa di CGS, Cikgu Nur Jamilah masih terkenang detik beliau dan rakan-rakannya menyokong kumpulan dikir barat sekolahnya, iaitu Srikandi Purnama.

“Kami memberikan sokongan padu dan begitu bangga apabila Srikandi Purnama meraih tempat kedua di peringkat nasional. Itulah antara kenangan manis kami,” tambahnya.

Begitu juga adegan apabila beliau dan rakan-rakannya kerap dimarahi guru, antaranya seperti Cikgu Saifa Ashraf.

Cikgu Saifa, yang telah mengajar di CGS selama 32 tahun, juga hadir di acara itu.

Cikgu Saifa berkata beliau berbesar hati kerana dapat bersua semula dengan bekas pelajarnya.

Beliau menganggap hubungannya bersama pelajar baik kerana ada di antara mereka masih berhubungan dengannya.

“Saya amat gembira melihat para pelajar saya berjaya dalam hidup dan dalam kerjaya masing-masing,” kata beliau.

Cik Azidah berkata anggota majlis bercadang mengadakan satu lagi perjumpaan serupa semasa tempoh Hari Raya Aidilfitri pada 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >