Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ribuan terima habuan dalam usaha amal Community Chest

Jan 07, 2023 | 07:14 PM



Ribuan keluarga yang memerlukan dapat mengukir senyuman kerana menerima bantuan makanan dan minuman yang dihulurkan oleh Community Chest menjelang Tahun Baru Cina. 



Lebih 8,500 beg berisi makanan dan minuman diberikan kepada 6,000 keluarga dan 2,500 warga emas menerusi acara tahunan Fu Dai anjuran Community Chest. 



Lebih 44 rakan kerjasama telah memberi sumbangan dan menyumbang tenaga untuk membungkus beg perayaan yang diagihkan kepada golongan memerlukan. 



Antara sukarelawan yang turun padang semalam untuk mengagih habuan tersebut ialah Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga, Cik Sun Xueling. 



Fu Dai, yang dianjurkan bersama dengan kumpulan relawan, Heartwarmers, adalah antara banyak acara tahun ini bagi menggalak rakan korporat dan masyarakat agar menyumbang secara tetap dan mewujudkan budaya memberi yang berkekalan. 



Menjelaskan lebih lanjut mengenai acara tahun ini, pengerusi Community Chest, Encik Chew Sutat berkata habuan itu mengandungi barangan makanan penting dan dapat membantu dalam meringankan bebanan bil keluarga. 



“Sedang khidmat sosial menjadi lebih rumit, kita akan perlu memanfaatkan kerjasama kita untuk meneroka cara menjadikan sikap memberi itu sebagai satu cara kehidupan – tidak kira sama ada menerusi menderma, menjadi sukarelawan atau menyediakan sumber,” ujar Encik Chew.



Antara mereka yang membuat sumbangan ialah usahawan sudah bersara, Encik Loh Kiong Poot, 79 tahun, yang menderma $500,000.



Beliau yang berazam untuk menolong masyarakat, pernah melalui masa lampau yang pahit dengan ibu bapa yang bercerai pada usianya lima tahun serta lari dari rumah dan berhenti sekolah pada usia 14 tahun.



“Semasa saya muda, saya tidak dapat menikmati hidup yang senang, tetapi sekarang saya boleh menolong orang lain menjalani hidup lebih baik,” ujarnya.






 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >