Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Richard Branson tolak undangan bahas hukuman mati dengan Shanmugam

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



JUTAWAN Britain Richard Branson telah menolak jemputan Singapura untuk mengadakan satu perbahasan secara langsung di televisyen mengenai hukuman mati bersama Menteri Undang-undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Encik Branson berkata beliau menolak jemputan itu ialah kerana beliau berasa perbahasan di platform seperti itu akan kekurangan nuansa.



Beliau berkata: "Saya memutuskan menolak jemputan ini. Ini sebabnya: perbahasan televisyen - terhad dari segi masa dan skop, sentiasa berisiko mengutamakan personaliti daripada isu - tidak boleh membawa sembarang kebaikan kepada kerumitan hukuman mati.



"Ia mengurangkan wacana yang dibincangkan kepada rakaman pendek, menjadikan perbahasan serius satu pertunjukan. Saya tidak dapat bayangkan itu yang anda cari. Apa yang Singapura benar-benar perlukan ialah dialog membina dan berkekalan yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dan komitmen sebenar terhadap ketelusan dan bukti."



Dalam kenyataan itu juga, yang dikeluarkan di laman blog Virgin Group dan dimuat naik di akaun Facebook dan Twitter, beliau menambah bahawa perbualan itu memerlukan suara tempatan.



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sebelum ini menyangkal catatan di blog itu pada 10 Oktober yang berkata pemerintah Singapura "seolah-olah cenderung menghukum bunuh ramai pengedar dadah peringkat rendah, kebanyakannya anggota kaum minoriti miskin, kurang bernasib baik".



Encik Branson berkata warga Malaysia Nagaenthran K. Dharmalingam digantung pada April kerana mengedar dadah walaupun mempunyai "kurang upaya intelek yang didokumentasikan dengan baik".



MHA berkata hukuman mati mempunyai kesan pencegahan jelas ke atas pengedar dadah di Singapura dan telah membantu mencegah sindiket dadah utama bertapak di negara ini.



Ia memberi contoh jumlah candu dan ganja yang diseludup ke Singapura berkurangan sejak hukuman mati mandatori diperkenal bagi dadah sedemikian.



Pemerintah menjemput Encik Branson membahaskan hukuman mati di televisyen secara langsung di Singapura bersama Encik Shanmugam, dan menambah bahawa penerbangan dan penginapan warga Britain itu di Singapura akan dibayar.



"Encik Branson boleh menggunakan platform ini (perbahasan di televisyen) untuk menunjukkan kepada rakyat Singapura kesilapan cara kita dan mengapa Singapura harus menghapuskan undang-undang yang memastikan penduduk kita selamat daripada ancaman penyalahgunaan dadah global," kata MHA.



Dalam respons pada Isnin, Encik Branson berkata beliau "amat menghormati" Singapura dan rakyatnya, dan berasa terpaksa bersuara "apabila melihat keadaan menjadi teruk seperti Singapura menggunakan hukuman mati".



Daripada perbahasan di televisyen, pemerintah harus melibatkan pihak berkepentingan Singapura, kata beliau, dan menggesa pemerintah melibatkan penyokong antihukuman mati, peguam, wartawan dan kumpulan seperti Transformative Justice Collective serta Encik M. Ravi, iaitu peguam Nagaenthran.



Encik Branson berkata sebagai "penyokong global bagi pemansuhan hukuman mati", beliau akan terus membangkitkan isu itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >