Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rita Zahara, Politeknik Singapura hasilkan rendang siap saji

Nov 05, 2017 | 05:30 AM



LAZIMNYA beliau memasak seikhlasnya mengikut gerak hati, tetapi kali ini beliau memasak berlandaskan ilmu sains.



Demi memenuhi impian mahu memasarkan makanan warisan Melayu ke persada dunia, personaliti masyarakat Melayu Rita Zahara, melalui syarikatnya Li Da Foods, bekerjasama dengan Pusat Sumber Inovasi Makanan (FIRC) Politeknik Singapura (SP) untuk menjadikan rendang ayam resipi arwah neneknya makanan siap saji (ready-to-eat atau RTE).



Usaha tersebut dilakukannya di bawah Geran Pembangunan Keupayaan Spring Singapore.



Sajian itu telah diperkenal dalam sambutan ulang tahun ke-10 FIRC dan pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) antara SP dan ICMG Pte Ltd baru-baru ini.



"Idea ini bermula kerana kami ingin mencipta sesuatu yang lazat dan sihat tanpa menjejas rasa dan mutu," ujar Cik Rita, yang juga penulis dua buku resipi.



Menurut beliau, antara ciri penting usaha tersebut adalah menjadikan sajian lebih sihat.



Ini supaya orang ramai lebih mudah menerima kerana stereotaip makanan Melayu lebih cenderung ke arah berlemak dan kurang sihat.



Oleh sebab itu, beliau rasa perlu menangani isu tersebut serta 'memperkasa' resipi Melayu dengan teknologi.



Pada masa sama, walaupun masih menggunakan bahan seperti santan, beliau memilih jenis kurang lemak agar lauknya kelak lebih sihat.



Mengulas cabaran yang dihadapi, Cik Rita berkata makanan ada kalanya menjadi terlalu pedas atau rasa terlebih serai pada peringkat uji kaji.



Namun, beliau tabah melalui proses itu selama beberapa kali demi mencapai keyakinan rasa hidangan tidak terjejas.



Sepanjang proses tersebut, beliau berpegang pada pedoman kata-kata ibunya:



"Jika masak buat orang, kita harus masak seperti kita menyajikan (makanan itu) kepada ibu sendiri".



Menurut ahli teknologi makanan FIRC Ho Seeh Meng, contoh makanan yang diberi akan melalui proses 'retort', iaitu proses pensterilan haba, agar bebas mikroorganisme dan boleh bertahan sekurang-kurangnya setahun.



Setelah menjalani proses penyelidikan and pengembangan (R&D) selama setahun, akhirnya bungkusan rendang ayam halal dan sihat sedia dipasarkan.



Rendang ayam RTE mengandungi dada ayam dalam kuah rendang yang boleh disajikan dalam masa seminit.



Jangka hayatnya yang stabil dan pembungkusan utuh membolehkan Li Da Foods memasarkan rendang ayam itu ke luar negara.



Menurut Cik Rita, selain rendang ayam, mereka akan menyediakan rendang daging, sambal goreng dan sambal belacan.



Sambutan itu juga memperkenal hidangan 'Chickuteh', yang diilhamkan daripada sajian tempatan popular 'bak kut teh'.



Menariknya, 'Chickuteh' dibuat daripada isi ayam halal menggunakan teknik unik agar rasa dan kelembutan terjamin walaupun dipanaskan dalam mesin swalayan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >