Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Riz kuatkan semangat 'kongsi' derita...

Dec 06, 2022 | 05:30 AM



APABILA mendapat tahu beliau menghidapi penyakit saraf Motor Neuron (MND) sejak 2018, dunianya kelihatan kabur dengan ketidakpastian tentang masa depan.



Saban tahun, keadaan Riz Sunawan atau nama sebenarnya Encik Asri Sunawan semakin lemah dan kini beliau terlantar di katil.



Tetapi, mantan pembaca berita itu tidak mahu ketidakupayaannya itu menghalangnya daripada meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakitnya.



Dengan bantuan penulis, Cik Hidayah Amin dari Helang Books, Riz, 44 tahun, bakal melancarkan buku kanak-kanak dwibahasa bertajuk Nama Saya Riz. Saya ada Penyakit Motor Neuron.



Pengacara selebriti dan arkitek, Encik Khairudin Saharom, juga terlibat sebagai pelukis untuk buku ini.



Untuk penulisan buku ini, Riz telah menyampaikan cerita asas kepada Cik Hidayah. Setelah berpuas hati dengan jalan cerita, Riz kemudian menterjemahkannya ke bahasa Melayu.



Menterjemah buku itu dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu mengambil masa sekitar tiga minggu kerana Riz hanya boleh menggunakan pergerakan matanya untuk menulis melalui sebuah alat bantuan, tobii.



"Saya juga perlukan banyak rehat kerana menggunakan mata untuk menaip ni amat memenatkan, mata cepat kering dan letih,'' ujarnya.



Buku itu akan dilancarkan pada 16 Disember ini sempena Pesta Buku yang akan berlangsung di Wisma Geylang Serai dan dirasmikan oleh Presiden Halimah Yacob serta Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >