Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Riz Sunawan terima lawatan istimewa Presiden Halimah

Aug 20, 2022 | 02:54 PM



MANTAN penyiar dan personaliti setempat, Riz Sunawan, yang menghidapi penyakit saraf motor neuron (MND) atau lebih dikenali sebagai Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS), menerima tetamu istimewa baru-baru ini.





Menerusi laman Instagram beliau pada Khamis lalu (18 Ogos), Riz, atau nama sebenarnya Asri Sunawan, berkata beliau berasa rendah hati dikunjungi Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, baru-baru ini.





“Saya berkongsi dengan beliau tentang perjalanan saya menghidapi ALS dan tenang penubuhan Persatuan MND pertama Singapura.







“Beliau memberi saya banyak galakan, lebih-lebih lagi berhubung kerja dan kegiatan yang kami jalankan untuk meningkatkan kesedaran tentang MND atau ALS,” ujarnya.







Menurut Riz, Puan Halimah turut mengundang Persatuan MND Singapura itu ke Istana.





Tambahnya, Puan Halimah turut mengucapkan tahniah atas penglibatannya yang berterusan dengan Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Bulan Bahasa.





“Puan Halimah, sifat penyayang anda meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya dan anda memang Presiden berjiwa rakyat sekarang dalam selamanya,” ujar Riz.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >