Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Riz Sunawan tetap sumbang bakti kepada masyarakat walau sakit

Feb 09, 2023 | 05:30 AM



MANTAN penyampai berita Melayu, Allahyarham Riz Sunawan, akan sentiasa dikenang selaku pejuang bagi masyarakat penyakit saraf motor neuron (MND).



Di sebalik penyakit MND, yang juga dikenali sebagai 'amyotrophic lateral sclerosis' (ALS) yang dialaminya itu, Riz atau nama sebenarnya Asri Sunawan, 44 tahun, turut sama dalam penubuhan Persatuan MND Singapura.



Allahyarham pernah memberitahu akhbar ini bahawa pembentukan persatuan itu merupakan hasil kerja keras para pesakit MND yang lain, sukarelawan dan pekerja sosial dari Hospital Tan Tock Seng (TTSH).



Selain menubuhkan persatuan MND, beliau juga menghasilkan sebuah buku dwibahasa yang berjudul Nama saya Riz. Saya ada Penyakit Motor Neuron yang diilhamkan penulis tempatan, Cik Hidayah Amin.



Seorang lagi personaliti, Khairudin Saharom, pula terlibat sebagai pelukis buku tersebut.



Pada masa itu Riz menggunakan sebuah alat peranti yang boleh mengesan mata, 'Tobii', untuk membantu pesakit MND sepertinya berkomunikasi.



MND menyebabkan sel saraf di otak dan sumsum tulang belakang, yang dipanggil 'motor neuron', tidak lagi berfungsi atau dinamakan 'neurodegeneration'.



Seseorang yang menghidapi penyakit ini akan mengalami kesukaran bergerak, bercakap dan akhirnya bernafas.



Penyakit ini juga merupakan penyakit sama yang dihidapi saintis Stephen Hawking. Buat masa ini tiada penawarnya di dunia.



Sekitar 90 peratus pesakit yang menghidapi ALS mengalaminya tanpa sejarah keluarga, sama seperti Riz.



Dalam pada itu, mereka yang menghidapi penyakit ini selalunya hanya mempunyai jangka hayat antara dua dengan lima tahun.



Riz menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi semalam selepas lima tahun bertarung dengan penyakit tersebut.



Menurut surat doktor yang dilihat akhbar ini, Riz meninggal dunia akibat MND.



Dalam catatannya, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata Riz Sunawan telah menyumbang tanpa jemu selaku Duta Bahasa selama 13 tahun dan menganggotai Ahli Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) selama tujuh tahun.



"Cinta Riz terhadap bahasa Melayu, dedikasi kepada masyarakat Melayu, dan komitmen terhadap misi MBMS tiada tandingannya.



"Beliau telah banyak menyumbang dengan sepenuh hati kepada inisiatif Bulan Bahasa, terutamanya untuk sambutan 30 tahun Bulan Bahasa pada 2018," katanya.



Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Saat Abdul Rahman, menganggap Allahyarham sebagai seorang personaliti yang disukai ramai.



"Saya telah kenali Riz bertahun lamanya sejak beliau masih bekerja di Mediacorp. Beliau berbakat, dan seorang personaliti yang amat disenangi ramai.



"Meskipun beliau sedang menghidap penyakitnya itu, beliau masih terus menyumbang dengan semangat yang kuat. Beliau pasti akan diingati," katanya.



Salah seorang rakannya, Encik Rafil Kamaruddin, 41 tahun, berkata Allahyarham adalah salah seorang yang beliau temui dalam industri pengacaraan sejak 2010.



"Sejak itu kami habiskan masa bersama, maka pemergiannya amat memberi kesan kepada saya," katanya yang pernah menjadi juruhias kepada Riz semasa hayatnya.



Mesej takziah mencurah-curah disampaikan menerusi media sosial termasuk di laman Facebook akhbar ini, kepada keluarga Allahyarham.



Antaranya ialah daripada Amran Ismail yang memberikan komen:



"Salam takziah buat semua ahli keluarga, semoga arwahnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin."




"Cinta Riz terhadap bahasa Melayu, dedikasi kepada masyarakat Melayu, dan komitmen terhadap misi MBMS tiada tandingannya.



Beliau telah banyak menyumbang dengan sepenuh hati kepada inisiatif Bulan Bahasa, terutamanya untuk sambutan 30 tahun Bulan Bahasa pada 2018."



- Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >