Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF kumpul dana bantu golongan kurang upaya, penjaga

Jun 22, 2023 | 08:05 PM



Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), dengan kerjasama Cabaran Presiden, akan menjalankan pengumpulan dana melalui pelbagai wadah dari 23 Jun hingga 13 Julai 2023 untuk membantu pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan dan sokongan bagi orang kurang upaya (OKU) dan penjaga mereka.

Pengumpulan dana itu sebahagian daripada Hari Rahmatan Lil Alamin, atau Hari RLA, iaitu satu acara tahunan yang menandakan usaha masyarakat Islam Singapura menyebarkan rahmah kepada semua.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis, RLAF mengatakan isi rumah kini lebih kecil dan beban menjaga seorang OKU dikongsi dalam kalangan ahli keluarga yang lebih kecil.

Lantaran itu, lebih ramai keluarga mungkin mengalami cabaran untuk memberi sokongan dan penjagaan kepada keluarga.

Dengan mendekati dan menderma kepada pertubuhan yang menyokong penjaga, RLAF berhasrat meluaskan sokongan untuk penjaga yang semakin tua, membolehkan mereka menjaga anak-anak mereka yang sudah dewasa dan berdikari dengan lebih berkesan.

Derma boleh disampaikan melalui kaedah berikut:

  • PayNow – Imbas kod QR (bawah) dan masukkan UEN RLAF: 200910530Z serta nyatakan ‘Hari RLA 2023’ dalam rujukan.






  • Pemindahan ke bank Akaun Semasa OCBC di no a/c: 629069154001
  • Melalui cek ke RLAF (Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapura 737740) atau kepada MUIS (No. 273 Braddell Road, Singapura 579702). Nyatakan di belakang cek: nama penderma, NRIC/ UEN, nombor telefon dan nyatakan “Hari RLA 2023”.

Di samping itu, semua masjid di Singapura akan mengambil bahagian dalam kutipan khas melalui kotak derma pada hari ini (23 Jun) yang ditandakan dengan logo RLAF.

Semua kutipan akan disalurkan melalui Cabaran Presiden, iaitu sebuah gerakan pengumpulan dana yang diuruskan oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Perkhidmatan Sosial Kebangsaan.

Selain mengumpul dana, Hari RLA juga bertujuan menyediakan sokongan berterusan untuk OKU dalam tiga cara.

Pertama, meningkatkan kesedaran masyarakat tentang cabaran yang dihadapi OKU dan penjaga mereka untuk memupuk empati dan persefahaman.

Kedua, membina hubungan teguh antara pertubuhan yang menyokong OKU, penjaga dan anggota masyarakat, dengan mempromosikan interaksi antara sukarelawan dengan benefisiari.

Ketiga, memperkasa pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan dan sokongan buat OKU dan penjaga mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >