Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF: Lebih sokongan akan dihulurkan kepada mangsa gempa Cianjur

Jun 13, 2023 | 10:19 AM



Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) bersama rakan kongsinya sedang berusaha untuk menyediakan sokongan WASH (Air, sanitasi, Kebersihan) yang mampan serta pembinaan sekolah di Cianjur, Indonesia untuk membantu menyokong mangsa gempa bumi.

Ini adalah antara usaha berterusan RLAF untuk menyokong keperluan segera masyarakat yang terjejas akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia yang terjadi pada November 2022.

Berkongsi mengenai perjalanan pemantauan mereka pada Mac 2023, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman berkata terdapat keperluan mendesak untuk menyelesaikan isu seperti makanan, air dan keperluan sekolah untuk kanak-kanak.

Akibat gempa bumi itu, sebanyak 67,604 rumah, 701 kemudahan pendidikan, 281 tempat ibadat, dan 18 kemudahan kesihatan terjejas, lapor laman Agensi Kebangsaan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), yang menawarkan data terkini gempa bumi itu.

Encik Faizal berkata: “Mereka yang terselamat daripada gempa bumi berdepan dengan tugas berat untuk membina semula kehidupan mereka selepas tragedi itu.

“Mereka menghadapi beberapa cabaran utama seperti mendapatkan makanan, air, dan bekalan sekolah penting untuk anak-anak mereka.”

Menurutnya, projek ini dijangka selesai pada 2023.

Dalam gelombang kedua sokongan ini, RLAF bersama Mercy Relief dan pertubuhan bukan pemerintah tempatan, PKPA, mereka telah membantu dan mengagihkan barangan keperluan kepada lebih daripada 4,000 keluarga terjejas.

Ini termasuk mengagihkan 1000 kit kebersihan, 1000 kit perlindungan, 1000 pakej makanan, 500 kit sekolah yang direka khusus untuk pelajar tadika dan sekolah rendah, 500 pakej peralatan memasak, dan 30 kipas untuk sekolah sementara.

Kata RLAF gelombang kedua sokongan ini bernilai lebih $80,000.

Tahun lalu, RLAF, dengan kerjasama Mercy Relief dan masjid-masjid di Singapura telah mengumpul dana sebanyak $237,277 untuk rayuan gempa bumi Jawa Barat.

Diadakan dari 25 November hingga 8 Disember 2022, dana ini disalurkan untuk menyediakan barangan bantuan penting seperti makanan, air, tempat perlindungan kecemasan dan barangan kebersihan.

Dalam fasa pertama pengagihan bantuan pada November 2022, lebih daripada 1,500 keluarga dari daerah Warung Kondang, Cilaku dan Cugenang, Kabupaten Cianjur, telah menerima barangan bantuan.

Ini termasuk makanan panas, air, tempat perlindungan khemah, kit kebersihan, selimut, dan kain terpal.

Menurut RLAF, Kampung Cibulakan mengalami kerosakan besar akibat gempa bumi.

Terdapat kira-kira 91 kematian dan 6,360 orang kehilangan tempat tinggal atau terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Di Kampung Talaga, yang mempunyai penduduk berjumlah 6,958 orang sebelum gempa bumi, kini yang tinggal hanya 1,970 isi rumah dengan 360 rumah mengalami kerosakan akibat gempa bumi.

Kampung itu turut mengalami 10 kematian akibat gempa bumi itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >