Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF kumpul dana lebih $2j bagi mangsa gempa Turkey, Syria

Mar 03, 2023 | 05:30 AM



YAYASAN Rahmatan Lil Alamin (RLAF) telah mengumpul lebih $2 juta semasa inisiatif pengumpulan dana selama dua minggu untuk mangsa gempa bumi di Turkey dan Syria.



Inisiatif pengumpulan dana itu berlangsung selama dua minggu dari 10 hingga 24 Februari 2023.



Sebanyak $1 juta telah diserahkan kepada sebuah pertubuhan bukan pemerintah (NGO) di Turkey, Hayrat Yardim, bagi membantu menyelaraskan respons pantas bagi keperluan segera mangsa dan memberi bantuan menyelamatkan nyawa secepat mungkin, sejurus mendapat kelulusan Pesuruhjaya Pertubuhan-pertubuhan Amal (COC), kata RLAF dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.



Jumlah selebihnya akan dipindahkan kepada Hayrat Yardim setelah mendapat kelulusan lanjut daripada CoC, kata RLAF lagi.



Mematuhi peraturan dan sebagai sebahagian daripada tadbir urus baik badan amal berdaftar yang diberikan status Institusi Bertaraf Awam (IPC), RLAF juga akan melalui pensijilan audit dan laporan itu akan dikemukakan kepada CoC.



Menerusi kenyataan itu, RLAF mengucapkan terima kasih kepada semua individu dan kumpulan yang telah tampil dan menyumbang dengan murah hati kepada kempen ini.



"Kami berharap melalui usaha ini, sumbangan masyarakat Singapura akan membawa kelegaan bagi meringankan kesengsaraan masyarakat yang terjejas oleh gempa bumi," kata RLAF.



Gempa berukuran 7.8 magnitud itu, yang paling dahsyat dalam sejarah Turkey, akan meninggalkan kesan psikologi mendalam, kata para pakar dan pegawai di sana.



Lebih 44,300 individu maut di negara itu, dan lebih 1.5 juta kehilangan tempat kediaman dalam suasana kedinginan cuaca.



Jutaan yang lain kehilangan anggota keluarga, pekerjaan, tabungan dan musnah harapan buat masa depan sejak dilanda gempa pada 6 Februari lalu.



Sebelum ini, RLAF berkata pada 15 Februari bahawa wang yang disalurkan kepada mangsa terjejas tidak terbatas hanya untuk menyediakan khemah, sajian makanan panas, tilam, selimut dan set pakaian musim sejuk tetapi juga barangan lain.



Sepanjang 17 tahun yang lalu, RLAF bersama masjid-masjid telah berjaya mengumpul lebih $12 juta daripada masyarakat untuk projek bantuan kemanusiaan antarabangsa.



Pada 2022 sahaja, RLAF telah membantu dalam lima projek; Taufan Rau di Filipina; mangsa banjir di Malaysia; gempa di Afghanistan; kecemasan banjir di Pakistan; dan gempa di Jawa Barat.



Yayasan itu ditubuhkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Julai 2009 untuk menyediakan geran bagi pembangunan kemanusiaan dan masyarakat, projek dan inisiatif.



Yayasan ini bertujuan menyebarkan mesej belas kasihan kepada semua manusia termasuk lingkungan masyarakat Islam Singapura.



Melalui geran tersebut, RLAF berharap dapat membina keupayaan dan minat yang lebih mendalam dalam kalangan belia, dan memperkasa mereka mempunyai kemahiran, keupayaan dan semangat untuk menjadi sukarelawan dan mengambil bahagian dalam kerja-kerja kemanusiaan di dalam dan luar negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >