Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF kumpul dana untuk bantu Gaza

Oct 18, 2023 | 07:20 PM



Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), dengan kerjasama Agensi Bantuan dan Kebajikan bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat Bangsa Bangsa Bersatu (UNRWA), menganjurkan rayuan mengumpul dana untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk kesihatan, perkhidmatan dan tempat perlindungan bagi komuniti yang terjejas akibat perkembangan terkini di Gaza.

Ini selepas ia menerima permit untuk menjalankan rayuan pengumpulan dana daripada Pesuruhjaya Amal.

Dalam kenyataannya pada Rabu, RLAF berkata ia sedang menjalankan rayuan pengumpulan dana dalam talian melalui pelbagai platform bermula Khamis, 19 Oktober 2023 hingga Selasa, 31 Oktober 2023 untuk menyokong keperluan mendesak mangsa yang terselamat dan komuniti terjejas.

Orang ramai boleh menderma menerusi kaedah digital laman giving.sg, PayNow, pemindahan wang menerusi bank, atau mengirim cek kepada RLAF, atau Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Semua masjid tempatan juga akan terlibat dalam pengumpulan derma ini dengan menyediakan tabung khusus ‘Humanitarian Relief for Gaza’ mulai Jumaat, 20 Oktober 2023.

Semua dana dikumpul akan disalurkan melalui UNRWA yang telah beroperasi di Gaza untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas, kata RLAF.

Yayasan itu berkata: “Kami sangat bersimpati terhadap mangsa krisis kemanusiaan ini dan keluarga mereka.”

Peristiwa di Gaza telah mengakibatkan kecederaan tragis, kehilangan nyawa yang tidak bersalah dan kerosakan kepada infrastruktur penting yang meluas. Sehingga kini, lebih sejuta rakyat Palestin, hampir separuh keseluruhan penduduk Gaza, telah dipindahkan, kata RLAF.

Penduduk Gaza menghadapi cabaran besar dalam mengakses perkhidmatan penting termasuk air bersih, makanan, penjagaan kesihatan dan sanitasi.

Mereka sangat memerlukan bantuan krisis kemanusiaan yang disediakan oleh UNRWA.

Menurut RLAF, terdapat lapan pusat kesihatan UNRWA yang beroperasi di Gaza menyediakan asas kritikal perkhidmatan penjagaan kesihatan pada masa ini.

Namun, bekalannya hanya mencukupi untuk kurang daripada satu bulan.

Butiran untuk menderma adalah seperti berikut:

  • PayNow ke RLAF menerusi nombor UEN 200910530ZRLA dan nyatakan ‘GAZA2023’ di bawah kenyataan
  • Laman giving.sg/rlafoundationsg/Gaza2023
  • Pemindahan bank ke akaun OCBC Current: 601313315001
  • Hantar cek kepada RLAF dengan menulis nama penderma, nombor kontak serta “GAZA2023” ke alamat RLAF, Masjid Yusof Ishak, No 10, Woodlands Drive 17, Singapore 737740 atau Muis, 273 Braddell Road, Singapore 579702

RLAF berkata sejajar dengan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS), derma tersebut tidak akan menawarkan pampasan cukai kerana ia adalah bagi “tujuan amal luar negara”. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >