Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF kumpul lebih $430,000 bagi mangsa banjir Pakistan

Kutipan dibuat di serata masjid dari 31 Ogos hingga 14 Sep
Oct 20, 2022 | 06:27 AM



YAYASAN Rahmatan lil Alamin (RLAF) dengan kerjasama Palang Merah Singapura (SRC) dan masjid seluruh Singapura telah berjaya meraih sejumlah $432,852 dalam rayuan kecemasan membantu rakyat Pakistan yang dilanda banjir besar di negara mereka.



Usaha mengumpul dana itu diadakan dari 31 Ogos hingga 14 September lalu demi menyokong keperluan segera rakyat Pakistan yang terjejas termasuk menyediakan makanan, tempat perlindungan kecemasan, air, sanitasi dan barangan kebersihan.



Awal semalam, RLAF menyerahkan jumlah kutipan dana itu kepada SRC dalam satu majlis penyerahan cek yang diadakan di Hab Islam Singapura, demikian menurut kenyataan RLAF.



Majlis itu disertai Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Cik Rukhsana Afzaal; Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen; dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah RLAF, Encik Abdul Razak Maricar.



Menurut yayasan itu, jumlah dana terkumpul itu adalah jumlah tertinggi yang dikumpul RLAF setakat ini dalam satu usaha kemanusiaan pada tahun ini.



Dana itu akan disalurkan melalui SRC, yang bekerjasama dengan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) dan rakan kongsinya di lapangan, termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah Pakistan (PRCS), untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas.



Melahirkan ucapan terima kasih, Cik Rukhsana berkata sikap baik rakyat Singapura, akan membuat perubahan besar bagi penduduk di Pakistan.



Setiausaha Agung yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC, Encik Benjamin William pula berkata pihaknya amat berbesar hati atas sokongan padu RLAF terhadap usaha bantuan luar negara Palang Merah Singapura selama ini.



"Usaha mengumpul dana RLAF yang terbaru bagi banjir di Pakistan akan menyediakan bantuan ketara kepada mereka yang terjejas, dengan masyarakat itu menghadapi cabaran rumit lagi rencam.



Pakistan telah dilanda hujan monsun yang terburuk dalam sejarahnya sehingga menyebabkan satu pertiga negara itu ditenggelami banjir dan menyebabkan lapan juta orang kehilangan tempat tinggal.



Dianggarkan lebih 1,700 orang meninggal dunia ekoran banjir itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >