Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF, UNHCR kumpul dana bantu mangsa sengketa Sudan

May 18, 2023 | 05:30 AM



YAYASAN Rahmatan Lil Alamin (RLAF) sedang bekerjasama dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) untuk menganjurkan satu usaha mengumpul dana bagi menyediakan bantuan kemanusiaan dan perlindungan segera kepada masyarakat yang terjejas oleh kecemasan kemanusiaan di Sudan.



Menurut satu kenyataan RLAF, ribuan penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka dan mencari tempat perlindungan lebih selamat disebabkan pertempuran ganas di Sudan sejak 15 April.



Persengketaan itu memburukkan lagi keadaan di Sudan, yang sudah pun dilanda cabaran kemanusiaan dengan hampir 16 juta orang dianggarkan memerlukan bantuan kemanusiaan pada 2023 sebelum krisis itu bermula.



Justeru, RLAF menggerakkan usaha mengumpul dana dalam talian menerusi beberapa wadah dari 16 hingga 28 Mei bagi memenuhi keperluan paling mendesak.



Semua dana yang dikumpul akan disalurkan menerusi UNHCR, yang sedang bekerja rapat dengan rakan kerjasama untuk menyediakan perlindungan dan bantuan kepada masyarakat Sudan yang terjejas.



Orang ramai boleh membuat sumbangan dalam talian menerusi beberapa cara, termasuk melalui PayNow dan laman web giving.sg.



Menurut RLAF lagi, UNHCR telah mengerahkan pasukan kecemasan ke negara jiran Sudan dan memberi tumpuan pada bantuan kemanusiaan yang menyelamatkan jiwa dan perlindungan sejajar dengan keperluan penduduk.



Antara bantuan yang dihulurkan ialah sokongan khusus untuk kanak-kanak, tempat perlindungan kecemasan, akses kepada kemudahan air dan sanitasi serta pakaian.



Sekiranya keganasan berterusan, UNHCR menganggarkan hingga 860,000 orang akan melarikan diri ke negara jiran Sudan menjelang Oktober, tambah kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >