Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RLAF-UNHCR rayu dana bantu penduduk memerlukan di Yaman

Sep 01, 2021 | 05:30 AM



YAYASAN Rahmatan Lil Alamin (RLAF), dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR), sedang menjalankan kempen mengumpulkan bantuan kemanusiaan bagi penduduk Yaman yang terjejas dek perang saudara.



Kempen mengumpul dana tersebut, yang bermula pada 27 Ogos hingga esok, adalah bagi menyediakan kemudahan rawatan kesihatan, tempat tinggal dan sokongan sosial bagi golongan memerlukan di negara Timur Tengah itu.



"Konflik berpanjangan selama bertahuntahun di Yaman telah mengorbankan ribuan nyawa orang awam dan memusnahkan kemudahan awam serta mengakibatkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal di seluruh negara itu.



"Rakyat Yaman telah hidup merana selama bertahun-tahun dalam keadaan tanpa tempat tinggal dan berpindah-randah serta konflik.



"Kita perlu meyakinkan mereka bahawa mereka tidak dilupakan. Dengan sedikit sokongan sekarang daripada masyarakat antarabangsa, termasuk warga Singapura, kita dapat membantu lebih banyak keluarga yang sangat memerlukan di Yaman," jelas Cik Ann Moey, Pengurus Perkongsian UNHCR, kepada Berita Harian.



Selain merayu bantuan di Singapura, UNHCR bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh dunia, pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), badan kemanusiaan dan komuniti penganjur untuk menghulurkan bantuan di bawah mandatnya memberi perlindungan kepada golongan memerlukan.



Menurut UNHCR, kini lebih 20 juta penduduk Yaman sangat memerlukan bantuan kemanusiaan dengan lebih 4 juta orang kehilangan tempat tinggal di seluruh negara itu.



Sebilangan besar mereka yang kehilangan kediaman kini tinggal di kejiranan yang daif, manakala lebih sejuta yang lain tinggal di tempat perlindungan sementara dan bangunan yang belum siap dalam keadaan yang amat menyedihkan, sesak dan tidak selamat.



Menurut UNHCR, tempat-tempat ini selalunya tidak ada akses atau kurang bekalan air, tidak mempunyai sistem saliran yang betul dan terdedah kepada risiko penyakit bawaan air dan bahaya lain.



Kempen RLAF-UNHCR itu adalah yang terbaru dijalankan yayasan tersebut untuk membantu masyarakat dunia.



Sebelum ini, RLAF berjaya mengumpulkan sebanyak $4,241,350 bagi bantuan kemanusiaan untuk masyarakat yang terjejas oleh konflik di Gaza, Palestin.



Usaha itu adalah hasil kerjasama dengan Agensi Bantuan dan Kebajikan bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA).



Keterangan lanjut untuk menghulurkan sumbangan bagi kempen RLAF/UNHCR itu boleh didapatkan dengan mengunjungi www.rlafoundation.org.sg/yemenappeal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >