Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Ruang selamat' bagi belia tangani naratif palsu media sosial: Presiden Halimah

Feb 27, 2023 | 05:30 AM



RUANG selamat mesti disediakan kepada belia yang prihatin terhadap kejadian dunia yang kritikal, kata Presiden Halimah Yacob.



Ini supaya golongan muda dapat bertanyakan soalan dan menimba ilmu daripada pakar berpengalaman dan berpengetahuan, yang boleh menyediakan fakta dan maklumat tepat untuk menentang naratif media sosial palsu dan yang mengelirukan, tambah beliau.



Berucap semasa sambutan ulang tahun ke-10 Roses of Peace (ROP) di Istana pada Ahad, Puan Halimah berkata pertubuhan antara agama itu boleh bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memainkan peranan tersebut.



"Orang muda, yang kurang pengalaman hidup, ingin tahu dan mudah terpengaruh dan terpedaya dengan tanggapan mereka tentang ketidakadilan dan ketidaksaksamaan di bahagian lain dunia.



"Perasaan ini mudah dieksploitasi oleh kumpulan yang bertekad mahu merekrut pengikut baru bagi menyokong usaha sesat mereka," ujar Puan Halimah.



Baru-baru ini, dua belia telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Seorang ialah pelajar berusia 15 tahun yang mempunyai fahaman radikal dan merancang melakukan serangan menggunakan pisau dengan memenggal kepala orang bukan Islam di kawasan pelancongan popular di sini dan menjadi pengebom bunuh diri.



Seorang lagi ialah pelajar menengah empat berumur 16 tahun yang telah diletakkan di bawah arahan sekatan, yang mengehadkan pergerakannya dan menghalangnya daripada mengeluarkan kenyataan awam.



Puan Halimah, yang merupakan penaung ROP, menambah:



"Sediakan ruang untuk pakar dalam bidang ini dan pemimpin agama untuk mendekati belia yang menyuarakan minat dalam isu sebegini.



"ROP sesuai untuk melaksanakan peranan ini sebab ia sejajar dengan misi mereka, dan mereka diterajui oleh orang muda dari pelbagai agama yang berkongsi visi bersama untuk mewujudkan masyarakat yang lebih baik dan aman."



Dalam pada itu, Puan Halimah berkata kes-kes radikalisasi baru-baru ini menimbulkan beberapa kebimbangan dalam masyarakat Islam yang bimbang ia akan menjejas hubungan mereka dengan orang bukan Islam dan, lebih khusus lagi, prospek pekerjaan mereka.



"Saya secara peribadi mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa rakyat Singapura mengetahui bahawa orang Islam di sini adalah orang yang berfikir, rasional, cintakan keamanan dan menyumbang dengan kuat kepada ekonomi dan masyarakat kita. Insiden ini tidak menentukan kita sebagai masyarakat.



"Tanya seorang Muslim warga Singapura yang anda temui di luar negara tentang kewarganegaraannya, dan beliau akan menjawab dengan bangga bahawa beliau seorang warga Singapura. Keterbukaan dan ruang yang telah disediakan oleh Singapura kepada umat Islam untuk mengamalkan kepercayaan mereka dan untuk hidup sebagai orang Islam yang baik sejajar dengan identiti Singapura mereka,'' ujar Puan Halimah.



Beliau menambah setiap agama di Singapura diberi ruang untuk mengamalkan kepercayaan mereka tanpa diganggu dan menyampaikan ajaran agama kepada kanak-kanak.



"Perbuatan seperti membakar Al-Quran atau buku agama lain tidak akan dibenarkan di Singapura kerana kebebasan bersuara tidak bermaksud 'lesen' percuma untuk menghina, menghasut, mencemuh atau menghina mana-mana agama sehingga menyebabkan konflik sosial dan perbalahan,'' tambahnya.



Hampir 80 belia warga Singapura juga dilantik Pejuang Keharmonian sebagai sebahagian Program Pejuang Keharmonian Yayasan Temasek-Roses of Peace, yang dilancarkan pada Ahad.



Program itu bertujuan membina keupayaan belia dari institut pengajian tinggi dengan melatih dan melengkapi mereka dengan kemahiran diperlukan untuk menjadi Pejuang Keharmonian.



Mereka akan memainkan peranan aktif dalam membina jambatan merentasi masyarakat etnik dan kepercayaan berbeza, dan memperjuangkan inisiatif memupuk keamanan di kampus masing-masing.



Selain itu, satu perbincangan panel bertemakan Keharmonian dalam Kepelbagaian: Rangka Tindakan Singapura telah diadakan selama sekitar sejam bersama pemimpin belia yang baru dilantik itu.



Mereka diajak berkongsi idea dan membincangkan perjalanan Singapura dalam menjadi masyarakat berbilang bangsa dan agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >