Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ruang sementara di bekas sekolah North View khusus bagi solat Jumaat, Hari Raya: Faishal

Penduduk Yishun boleh gunakan ruang itu selama dua tahun sementara Masjid Darul Makmur jalani kerja naik taraf
Apr 27, 2023 | 05:30 AM



MASJID Darul Makmur telah diberikan kebenaran secara prinsip untuk menggunakan bekas tapak Sekolah Menengah North View, yang terletak di Yishun Ring Road, sebagai tempat solat sementara selama dua tahun semasa bangunan masjid tersebut menjalani kerja naik taraf.



Mengumumkan berita itu di Facebook pada Rabu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata usaha baik itu disebabkan kepimpinan yang kukuh, kepercayaan, dan hubungan baik antara masjid, agensi pemerintah dengan pemimpin akar umbi.



"Penguasa Tanah Singapura (SLA) sedang bekerjasama dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Masjid Darul Makmur untuk memuktamadkan perjanjian penyewaan," kata Dr Faishal.



Untuk membantu dalam menampung kos penyewaan, pemimpin akar umbi Yishun telah bersetuju untuk menaja setengah daripada harga sewa bulanan bagi tapak sekolah itu selama dua tahun hingga selesai kerja naik taraf masjid.



Menurut Dr Faishal, kerja-kerja persiapan di ruang solat sementara itu akan bermula tidak lama lagi dan bakal siap pada pertengahan Mei 2023.



Setelah siap, ruang solat sementara itu, yang akan dilengkapi dengan tanjakan, kemudahan tandas dan tempat letak kereta di pekarangan, akan disediakan khusus buat jemaah untuk mengerjakan solat Jumaat dan Hari Raya. Pengawas lalu lintas juga akan dikerahkan untuk memudahkan kenderaan dan jemaah keluar masuk semasa waktu sibuk.



Bagi jemaah yang ingin mengerjakan solat harian, mereka masih boleh menuju ke Masjid Darul Makmur dari jam 6 pagi hingga 8.30 malam. Ruang solat kecil masih disediakan bagi tujuan solat secara bersendirian dan boleh menampung antara 20 hingga 50 jemaah. Tempat wuduk juga disediakan.



Masjid Darul Makmur, yang berusia lebih 36 tahun di Yishun Avenue 2 itu, sedang menjalani kerja naik taraf dari 24 April dan dijangka siap pada hujung 2025.



Ia masih memerlukan sekitar $7 juta - daripada jumlah keseluruhan kos sebanyak $15 juta - untuk menampung kos projek peningkatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >