Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ruang solat di masjid cukup; solat tarawih tidak diadakan di kolong blok: Muis

Muis kerjasama dengan kumpulan kariah, sediakan pengangkutan bantu jemaah
Mar 15, 2023 | 09:53 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) memutuskan untuk tidak mengadakan solat tarawih bagi Ramadan 2023 (tahun ini) di kolong blok serta dewan serbaguna dan memberi jaminan terdapat ruang solat yang cukup di masjid.



Keputusan ini dibuat setelah Muis dan pihak masjid memantau kehadiran jemaah bagi solat Jumaat  serta mengamati trend solat tarawih pada tempoh sebelum pandemik dan termasuk ketika solat tarawih disambung semula pada 2021 dan 2022.



Ini adalah pengamatan yang dibuat penuh penelitian sebagai sebahagian usaha menyambung semula kegiatan keagamaan dengan kelonggaran kekangan peraturan selepas pandemik.



Memaklumkan demikian dalam satu kenyataan pada Rabu (15 Mac), Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen berkata:



“Selepas menjalankan kajian yang teliti, Muis telah merumuskan bahawa terdapat ruang solat yang cukup di masjid kita sepanjang Ramadan.”



Menurutnya, pada Februari 2023, sebagai sebahagian persiapan awal Ramadan, Muis dan masjid telah mengeluarkan surat berbentuk sokongan buat kumpulan qaryah menganjurkan solat tarawih di 27 kolong blok HDB atau dewan serbaguna.



Surat ini merupakan ketetapan pentadbiran buat kumpulan qaryah mengedalikan kegiatan agama di ruang sebegini di samping dapat menyokong surat dan kebenaran yang diberi pihak majlis bandaran dan penasihat akar umbi.



“Selepas menilai semula perkara ini, Muis memutuskan bahawa terdapat ruang solat secukupnya di masjid kita sewaktu Ramadan.



“Justeru, mengikut penilaian kami, Muis dan pihak masjid baru-baru ini mengeluarkan surat pembatalan pada qaryah kerana tiada lagi keperluan solat diadakan di kolong blok dan dewan serbaguna.



“Muis memahami beberapa persiapan sudah pun dibuat oleh pihak qaryah.

“Selain surat pembatalan itu, Muis juga meminta maaf kepada qaryah kerana menimbulkan kesulitan. 



“Muis dan pihak masjid sangat menghargai usaha pihak qaryah dan menanti masa bekerjasama dengan mereka bagi memenuhi keperluan keagamaan masyarakat serta memperkukuh usaha kami mendekati masyarakat,” tambah Encik Kadir.



Berdasarkan kajian perangkaan jemaah yang kembali ke masjid untuk solat bagi tiga tahun lalu serta corak kehadiran mereka pada Ramadan dalam tempoh prapandemik, Muis yakin masjid setempat dapat menampung jemaah bagi solat isyak dan tarawih.



Menurut Encik Kadir lagi, masjid dengan permintaan yang tinggi telah mengambil usaha tambahan untuk mewujudkan lebih banyak ruang solat dalam lingkungan ruang solat yang dikhususkan khas serta telah melaksanakan sistem tempahan masjid bagi memudahkan pengurusan ruang dan himpunan jemaah.



“Masjid kita mempunyai ruang solat khusus yang diselia dengan baik, direka bagi keselamatan dan keselesaan serta mengikut sepenuhnya garis pandu keselamatan negara ini.



“Justeru, tiada keperluan bagi solat jemaah dikendalikan di ruang awam yang tidak direka bagi tujuan ini dan boleh menimbulkan kesulitan buat orang lain,” tambahnya.



Muis, lantaran itu, mengundang jemaah menyertai solat tarawih di masjid di mana warga Muslim berhimpun dalam bulan barakah Ramadan.



“Masjid telah mengambil langkah yang perlu bagi membolehkan jemaah menajalankan solat dalam keadaan yang selamat dan selesa dalam lingkungan ruang solat khas dan pada masa yang sama mengelakkan daripada menimbulkan kesulitan buat orang lain.



“Jika jemaah tidak dapat ke masjid, mereka masih boleh menjalankan ibadah mereka dari keselesaan rumah masing-masing bersama anggota keluarga mereka.



“Ini adalah amalan yang baik yang harus diteruskan sebagai sebahagian ibadah kita walaupun pada tempoh pasca pandemik,” kata Encik Kadir.



Beliau memberi jaminan masjid akan terus memenuhi keperluan agama masyarakat termasuk warga emas yang mempunyai keprihatinan bergerak dengan menyediakan kemudahan seperti lif, tanjakan dan susur tangan.



“Ini akan membolehkan orang ramai menikmati pengalaman yang selesa di masjid kita. Beberapa masjid juga mengatur pengangkutan untuk membawa jemaah ke masjid.



“Pegawai agama masjid bersedia menyediakan bimbingan lanjutan untuk masyarakat.



“Kami mengharapkan pemahaman dan sokongan anda. Masyarakat kita telah menunjukkan contoh dalam memaparkan nilai rahmah, ihsan dan bertimbang rasa sepanjang pandemik. Marilah kita terus berbuat demikian sepanjang bulan barakah Ramadan ini dan selanjutnya,” ujar Encik Kadir.



Naib Pengerusi Qaryah Al-Ikhsan (Chua Chu Kang), Haji Ismail Che Mat berkata:



“Kami memahami keputusan Muis untuk memindahkan solat tarawih pihak qaryah ke masjid berhampiran.



“Kami juga berterima kasih di atas langkah yang diambil Muis dalam memastikan keselamatan dan keselesaan serta memudahkan pergerakan jemaah kami dalam menjalankan ibadah tarawih ini.”

 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >