Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ruang solat di masjid cukup; solat tarawih tidak diadakan di kolong blok: Muis

Mar 16, 2023 | 05:30 AM



TERDAPAT ruang mencukupi di masjid setempat justeru solat tarawih di kolong blok atau di dewan serba guna tidak akan dianjurkan pada Ramadan ini.



Demikian menurut kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Rabu.



Sebelum ini, Muis dan masjid telah mengeluarkan surat sokongan pada Februari 2023 kepada kumpulan kariah untuk menganjurkan solat tarawih di 27 kolong blok dan dewan serba guna.



Beberapa kumpulan kariah telah pun membuat persiapan. Muis telah memohon maaf kepada kumpulan kariah yang terjejas.



Dalam kenyataannya lagi, Muis berkata masjid yang mempunyai permintaan tinggi telah mewujudkan lebih banyak ruang solat, dan melaksanakan sistem tempahan masjid untuk memudahkan pengurusan ruang dan orang ramai.



Masjid sedia ruang solat, pastikan keselamatan, keselesaan jemaah



Muis berkata pihaknya dan pihak masjid telah memantau kehadiran solat Jumaat dan mengkaji trend solat tarawih pada tahun-tahun sebelum pandemik, termasuk juga sewaktu solat tarawih disambung semula pada 2021 dan 2022.



Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, Muis mendapati ruang solat di masjid cukup bagi jemaah yang ingin solat tarawih sepanjang bulan Ramadan.



"Pihak masjid telah menghubungi kariah yang terjejas dan menjelaskan langkah untuk membawa semua jemaah kembali bersolat di masjid. Kami amat menghargai sokongan daripada kariah dan akan terus membantu jemaah sebanyak mungkin dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku untuk persiapan awal.



"Kami berharap dapat bekerjasama dengan kariah untuk memenuhi keperluan agama masyarakat dan mengukuhkan jangkauan kami," kata Encik Zaini Osman, Pengarah Kanan Sektor Satu Masjid Muis.



Ketika dihubungi Berita Harian, Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, dan AP GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, berkata beberapa wakil kumpulan kariah telah bertemu mereka untuk meluahkan rasa kebimbangan.



Dr Wan Rizal berkata: "Beberapa rakan kariah dari Jalan Kukoh telah berjumpa dengan saya dan berkongsi kebimbangan bahawa tarawih di kolong blok terpaksa ditiadakan. Saya amat bersimpati dan faham keluhan mereka.



"Saya gembira Muis telah membuat penjelasan dan akan membantu kumpulan kariah yang terjejas. Di kawasan Jalan Besar, masjid-masjid akan terus menyokong mereka dan saya harap, pihak masjid dan kariah akan mengambil peluang ini untuk bekerjasama dengan lebih erat lagi."



Encik Zhulkarnain pula berkata: "Saya faham bahawa Muis dan pihak masjid akan membantu kumpulan kariah yang terjejas. Masjid-masjid kami di kawasan Chua Chu Kang mempunyai hubungan rapat dengan sekurang-kurangnya 14 kariah yang berkhidmat kepada masyarakat kami.



"Saya gembira masjid-masjid kami akan menyediakan pengangkutan untuk solat tarawih bagi kawasan terpencil dan majlis bandaran akan membantu mereka dengan sebarang bayaran balik bagi tempahan kolong blok."



Anggota jawatankuasa kumpulan Kariah 25 di kawasan Woodlands Ring Road, Encik Amir Mastan, 50 tahun, berasa sedih kerana jawatankuasanya telah membuat banyak persiapan awal dan kini tidak dapat menganjurkan solat tarawih di kolong blok.



"Padi hari Isnin, wakil dari kumpulan kariah kami telah diberi taklimat oleh seorang pegawai Muis di Masjid An-Nur. Kami diberitahu bahawa solat tarawih di kolong blok tidak akan diadakan kerana masih lagi ada ruang kosong di masjid," katanya apabila ditemui BH.



Bagi Encik Amir, solat tarawih di kolong blok menyediakan kemudahan bagi warga emas untuk solat berjemaah berdekatan dengan rumah mereka.



Walaupun demikian, pihak Muis menjamin bahawa persiapan telah dibuat bagi golongan warga emas dan mereka yang mempunyai masalah mobiliti.



"Masjid akan terus memenuhi keperluan agama masyarakat termasuk warga emas dan mereka yang mempunyai masalah mobiliti dengan menyediakan kemudahan tanpa halangan seperti lif, tanjakan dan susur tangan.



"Ini akan membolehkan semua ahli masyarakat mendapat pengalaman yang selesa di masjid-masjid kita," tambah Muis.



Muis juga telah menyediakan pengangkutan untuk membawa jemaah ke masjid dan pegawai masjid akan bersedia untuk memberikan bantuan selanjutnya, jika perlu.



Bagi masjid yang mempunyai permintaan tinggi, lebih banyak persiapan akan disediakan bagi keselesaan jemaah.



"Masjid yang mempunyai permintaan tinggi telah membuat usaha tambahan untuk mewujudkan lebih banyak ruang solat… dan juga telah melaksanakan sistem tempahan masjid untuk memudahkan pengurusan ruang dan orang ramai.



"Masjid mempunyai ruang solat khas yang diselenggara dengan baik, direka bentuk untuk keselamatan dan keselesaan, dan mematuhi sepenuhnya garis panduan keselamatan negara.



"Oleh itu tiada keperluan bagi solat jemaah diadakan di ruang awam yang tidak direka untuk tujuan itu dan boleh menimbulkan gangguan kepada orang lain," kata Muis.



Bagi Encik Ismail Che Mat yang juga terjejas dengan pengumuman itu, beliau tetap bersyukur dengan usaha pihak Muis dan masjid.



"Kami memahami keputusan Muis untuk memindahkan solat tarawih oleh kariah kami ke masjid berdekatan.



"Kami juga berterima kasih atas inisiatif yang diambil oleh masjid memastikan keselamatan, keselesaan dan memudahkan pergerakan Jemaah kami untuk melaksanakan ibadah ini," kata Encik Ismail, yang juga Naib Pengerusi Kariah Al-Ikhsan (Chua Chu Kang).



Pada Isnin, Muis telah mengumumkan bahawa sebanyak 98,550 ruang solat akan disediakan di 67 masjid sepanjang Ramadan untuk memenuhi keperluan jemaah.




"Saya faham bahawa Muis dan pihak masjid akan membantu kumpulan kariah yang terjejas. Masjid-masjid kami di kawasan Chua Chu Kang mempunyai hubungan rapat dengan sekurang-kurangnya 14 kariah yang berkhidmat kepada masyarakat kami.



Saya gembira masjid-masjid kami akan menyediakan pengangkutan untuk solat tarawih bagi kawasan terpencil dan majlis bandaran akan membantu mereka dengan sebarang bayaran balik bagi tempahan kolong blok."



- Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.



"Masjid akan terus memenuhi keperluan agama masyarakat termasuk warga emas dan mereka yang mempunyai masalah mobiliti dengan menyediakan kemudahan tanpa halangan seperti lif, tanjakan dan susur tangan."



- Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



"Beberapa rakan kariah dari Jalan Kukoh telah berjumpa dengan saya dan berkongsi kebimbangan bahawa tarawih di kolong blok terpaksa ditiadakan. Saya amat bersimpati dan faham keluhan mereka. Saya gembira Muis telah membuat penjelasan dan akan membantu kumpulan kariah yang terjejas. Di kawasan Jalan Besar, masjid-masjid akan terus menyokong mereka dan saya harap, pihak masjid dan kariah akan mengambil peluang ini untuk bekerjasama dengan lebih erat lagi."



- Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >