Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:16
Isyak
8:27

Rumah jagaan pesakit demensia akan dibina sebelah Koridor Rel di perkarangan Hospital Alexandra

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rumah jagaan pesakit demensia akan dibina sebelah Koridor Rel di perkarangan Hospital Alexandra

Jun 26, 2022 | 05:28 PM

SEBUAH rumah penjagaan baru dengan anggaran 458 katil dan akses mudah ke Koridor Rel yang bersebelahan dengannya dijangka siap di perkarangan Hospital Alexandra menjelang penghujung 2027.

Ia adalah sebagai sebahagian rancangan mewujudkan rangkaian khidmat perubatan yang lebih mudah dikunjungi dengan meletakkan kemudahan jagaan kesihatan pada lokasi yang sama.

Rumah penjagaan yang akan dibina pada tapak 0.55 hektar ini akan membentuk sebahagian daripada Kampus Kesihatan Alexandra seluas 13.1 hektar di Queenstown, kawasan pertama di Singapura yang tertumpu pada kesihatan.

Pihak berkuasa berkata tahun lalu, Queenstown telah dipilih untuk menjadi pengasas pada rekaan bandar bersepadu yang akan menyokong penduduk dalam menjalani kehidupan sihat lagi bermanfaat, lapor akhbar The Sunday Times.

Direka buat penduduk yang mempunyai tahap demensia pertengahan hingga kronik, rumah jagaan itu ditempatkan bersebelahan ruang menghijau yang diberi nama Village Square, menurut dokumen tender yang diterbitkan Kementerian Kesihatan (MOH) dan dilihat The Sunday Times.

Pada 13 Jun, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung berkata MOH merancang menambah jumlah katil rumah jagaan di Singapura kepada lebih 31,000 dalam dekad selanjutnya - meningkat daripada 16,200 katil pada 2020 - bagi memenuhi keperluan penduduk menua di negara ini.

Sebelum kemudahan di Hospital Alexandra siap pada 2027, MOH sudah mempunyai perancangan bagi menambah sekitar 5,000 katil rumah jagaan menjelang 2025.

Pada 2020, Menteri Kesihatan ketika itu, Encik Gan Kim Yong, mengumumkan bahawa fasa pertama pembangunan semula hospital itu dijadualkan selesai dibina menjelang 2030.

Hospital itu menyatakan pada masa itu bahawa sempadan tapaknya akan diperluas agar lebih dekat dengan estet Stirling dan Queensway.

Sedang tidak banyak maklumat didedahkan mengenai rancangan pembangunan semula tersebut sejak itu, satu pelan induk bagi kampus berkenaan yang merupakan sebahagian daripada dokumen tender menunjukkan sempadan yang diusulkan bagi rumah jagaan baru itu serta rangkaian jalan raya baru dan petak tanahnya.

MOH, Hospital Alexandra dan Lembaga Warisan Negara memberitahu akhbar The Sunday Times pada Sabtu (25 Jun) bahawa kajian warisan buat tapak itu - bekas hospital tentera British yang kembali pada tahun lewat 1930-an - telah diteruskan sejak tahun lalu, sebelum pembangunan semula hospital itu.

Mereka menambah bahawa hospital itu akan kekal beroperasi sewaktu kerja pembangunan semula dan ia akan memperkukuh jalinannya dengan masyarakat menerusi peranannya sebagai sebahagian daripada daerah kesihatan Queenstown.

MOH dalam dokumen tendernya berkata rumah itu akan diletak di bawah model membina pajakan sendiri - di mana MOH membiaya pembinaan rumah itu dan mengeluarkan tender bagi hak operasinya.

Dokumen ini menyatakan tampungan rumah jagaan itu tertakluk pada perubahan sewaktu fasa rekaannya dan juga menyenaraikan ketetapan rekaan yang pihak konsultan harus patuhi.

"Merayau adalah sikap biasa orang yang mempunyai demensia...justeru reka letak rumah ini harus menggalakkan situasi di mana mereka boleh merayau dengan selamat dan bersebab sebagai sebahagian reka bentuk mesra demensia," jelas MOH.

Lebih 90 bilik dengan setiap satu mempunyai empat katil dirancang bagi rumah jagaan ini serta 28 bilik dengan katil individu. Terdapat katil dalam bilik perlindungan jerebu serta bilik pengasingan.

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3