Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rumah Terbuka Istana diadakan semula pada 1 Ogos sempena Hari Kebangsaan

Jul 14, 2021 | 05:30 AM



ISTANA akan dibuka semula kepada orang awam pada 1 Ogos, sempena Hari Kebangsaan.



Namun, hanya mereka yang mempunyai tiket bagi Hari Terbuka yang sebelum ini dijadualkan pada 13 Mei lalu akan dibenarkan masuk.



Rumah Terbuka Istana sepatutnya diadakan pada hari itu bagi menyambut Hari Buruh dan Hari Raya Puasa, tetapi acara itu dibatalkan apabila langkah mengekang penularan Covid-19 diperketat.



Dengan sekatan Covid-19 sekarang dilonggarkan secara berperingkat mulai bulan ini, pemegang tiket bagi Hari Terbuka Istana yang dibatalkan itu akan diundang bagi Rumah Terbuka sempena Hari Kebangsaan, kata Pejabat Presiden dalam satu kenyataan semalam.



Ia akan menjadi kali pertama orang awam dibenarkan memasuki pekarangan Istana sejak penutupannya kepada orang ramai Februari tahun lalu disebabkan Covid-19.



Tidak seperti sebelum ini, tiada persembahan, kegiatan bersiar-siar, gerai atau trak makanan akan diadakan dalam pekarangan Istana semasa Rumah Terbuka 1 Ogos bagi mengelakkan perhimpunan kumpulan besar.



Duta jarak selamat akan dikerahkan bagi memastikan pelawat mematuhi langkah jarak selamat semasa Rumah Terbuka itu.



"Istana memerlukan kerjasama dan pemahaman pengunjung agar Rumah Terbuka Istana yang akan datang akan menjadi pengalaman baik bagi semua," kata Pejabat Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >