Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S’pura lapor 1,723 kes Covid-19 baru dan 10 kematian, kadar kenaikan jangkitan mingguan pada 0.97

Nov 15, 2021 | 06:32 AM

Jumlah kes Covid-19 baru di Singapura dilaporkan mencapai 1,723 pada Ahad (14 Nov), lebih rendah daripada 2,304 kes pada hari sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan (MOH). 

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan susut sedikit kepada 0.97 berbanding 0.98 pada Sabtu (13 Nov). 

Kadar jangkitan merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat selama seminggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar yang melebihi satu mencerminkan jumlah jangkitan baru mingguan masih meningkat. 

Selama dua hari berturut-turut, kadar pertumbuhan jangkitan adalah kurang daripada satu, selepas ia meningkat dan melebihi satu pada Jumaat.

Menurut MOH, 10 orang berusia di antara 60 tahun dengan 96 tahun meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan dengan Covid-19. 

Kesemuanya mempunyai masalah perubatan, tambah MOH tanpa memberikan butiran lanjut. 

Kes jangkitan terbaru termasuk 66 kes pekerja migran di dormitori dan enam kes diimport. 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3