Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura perkenal teknologi bijak kekang penularan denggi

Jan 17, 2019 | 05:26 PM



SINGAPURA telah memperkenalkan teknologi bijak dalam usaha mengekang penularan denggi, yang bertambah buruk akibat perubahan iklim, kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Dalam ucapannya di Sidang Puncak Masa Depan semalam, yang merupakan sebahagian Minggu Kemampanan Abu Dhabi, beliau berkata suhu yang meningkat akibat perubahan iklim akan menyebabkan lebih banyak kes denggi berlaku.



“Dalam sekitaran moden tropika kita, ini akan membawa kepada kejadian penyakit bawaan nyamuk yang lebih tinggi, terutamanya denggi, yang menyebabkan 20,000 kematian sejagat setiap tahun. Memerangi denggi menimbulkan cabaran unik buat Singapura,” kata beliau.



Encik Masagos berkata spesies nyamuk Aedes Aegypti, iaitu jenis nyamuk utama yang merebakkan denggi, tidak asli di rantau ini tetapi telah menyesuaikan diri dengan baik kepada cuaca tropika.



Pembiakan nyamuk juga berlaku dalam rumah di kediaman bertingkat tinggi yang padat dengan penduduk dan ini bermakna usaha pengabutan di luar bangunan secara amnya kurang berkesan.



Singapura juga mempunyai ramai orang yang keluar masuk negara ini dan ini meningkatkan risiko merebak virus dan penyakit merentas sempadan, kata beliau.



Dalam usaha mengurangkan pembiakan denggi di sini, Encik Masagos berkata Institut Kesihatan Persekitaran di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang mengkaji penggunaan nyamuk Aedes aegypti jantan yang membawa bakteria Wolbachia.



Apabila nyamuk jantan itu dilepaskan dan bersatu dengan nyamuk betina, bakteria itu menghalang telur daripada menetas lalu mengurangkan jumlah nyamuk yang membawa penyakit.



Encik Masagos berkata, hasilnya positif sejauh ini, dengan 50 peratus telur nyamuk spesies itu dalam masyarakat menunjukkan ia tidak dapat hidup dalam ujian yang dijalankan baru-baru ini.



Menerusi kajian itu, beliau menambah bahawa cabaran lain turut dikenal pasti. Misalnya, mereka mendapati nyamuk tidak suka terbang tinggi dan jika nyamuk jantan dilepaskan di tingkat bawah, ia tidak akan terbang ke tingkat 10 atau lebih tinggi.



Justeru, pemerintah bekerjasama dengan syarikat setempat dan antarabangsa untuk mencipta teknologi yang dapat mengatasi masalah itu.



Ini seperti membangunkan alat yang dapat melepaskan nyamuk secara sistematik dan sama rata menerusi kerjasama dengan syarikat setempat, Orinno Technology.



Ciptaan lain termasuk alat mudah tetapi canggih yang mengira jumlah nyamuk dengan tepat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >