Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAF hantar pesawat pengangkutan ke Sulawesi, bantu usaha kemanusiaan gempa

Nov 21, 2018 | 07:30 PM



ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) akan menghantar pesawat pengangkutan ke Indonesia untuk menyokong usaha pemuliharaan dan pembinaan semula di Sulawesi, yang pada September lalu, dilanda gempa bumi membawa maut.



Pesawat C-130 milik Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) akan dihantar atas permintaan pemerintah Indonesia untuk membantu usaha Angkatan Bersenjata Indonesia (TNI), kata Kementerian Pertahanan (Mindef), pada Rabu, 21 November.



Pesawat itu akan berada di sana bagi tempoh seminggu untuk menyediakan sokongan udara untuk menghantar bekalan kemanusiaan ke kawasan yang dilanda bencana, kata Mindef.



Gempa sekuat 7.4 di skala Richter pada 28 September lalu itu mencetuskan tsunami setinggai tiga meter dan meragut lebih 1,200 nyawa.



Ia juga menyebabkan sekitar 16,700 orang kehilangan tempat tinggal.



Sebelum ini, Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) berkata sekitar 2.4 juta orang di Dongala dan Palu memerlukan bantuan kemanusiaan.



Pada 2 Oktober, dua pesawat pengangkutan C-130 RSAF dihantar ke Indonesia bagi mengirim pakej bantuan merangkumi khemah, makanan, minuman dan bekalan perubatan, kata kenyataan Mindef itu.



Pesawat dan kru SAF akan kekal di Indonesia bagi menyokong usaha bantuan TNI, seperti menghantar bekalan kemanusiaan kepada mangsa gempa yang hilang tempat tinggal.



Satu pesawat kembali ke Singapura pada 17 Oktober, diikuti pesawat kedua pada 26 Oktober lalu.



Kata Mindef, sumbangan SAF itu menggaris hubungan pertahanan rapat dan jangka panjang antara Singapura dengan Indonesia.



Dalam kenyataan berasingan, Mindef berkata tentera Singapura dan Indonesia telah menjalankan dengan berjaya edisi ke-30 latihan dua halal Safkar Indopura.



Latihan lapan hari itu, yang berakhir Isnin lalu, diadakan di Indonesia tahun ini.



Panglima Tentera Darat Brigedier-Jeneral Goh Si Hou dan Ketua Turus Tentera Darat Indonesia Jeneral Mulyono menghadiri upacara penutup latihan itu di Asembagus, Indonesia, Isnin lalu.



Sejumlah 460 askar dari  tentera Singapura dan Indonesia menyertai latihan itu.



Menurut Mindef, kededua tentera darat menjalin hubungan lebih kuat dan memperdalam persefahaman bersama menerusi beberapa latihan profesional, menembak menggunakan peluru hidup, kawat taktikal dan latihan yang melibatkan batalion.



Berucap di upacara penutup, BG Goh berkata latihan itu telah mencapai matlamat mempertingkat tahap profesionalisme, memperkukuh talian bersahabatan dan memupuk persefahaman antara kededua tentera darat.



Latihan Safkar Indopura yang pertama diadakan pada 1989.



Selain mengadakan latihan dua hala, tentera darat Singapura dan Indonesia juga menyertai beberapa kegiatan dua hala lain, termasuk mengadakan lawatan serta menyertai  pertukaran dan kursus profesional.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >