Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAF perlu kukuh dan wibawa sedang S’pura lalui masa sukar: DPM Wong

Jun 10, 2023 | 09:30 PM



Sedang negara menyesuaikan diri dalam era baru yang lebih merbahaya dan bermasalah, Singapura perlu pastikan angkatan bersenjatanya kukuh dan bernas, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) perlu memberi kesan kepada suara Singapura di peringkat antarabangsa, mengupayakan negara ini agar mampu berdiri teguh dalam mempertahan kepentingannya, dan memastikan republik ini selamat dan kukuh, tambah beliau.

Di peringkat sejagat, terdapat perubahan dan ketidaktentuan kepada pencerobohan Russia ke atas Ukraine, hubungan yang tegang antara Amerika dengan China serta ancaman lain seperti pengganasan, ekstremisme ganas dan serangan siber, kata Encik Wong di Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet di Institut Ketenteraan Safti di Jurong.

“Di Asia, isu pencetus seperti di Taiwan dan Laut China Selatan kian menjadi merbahaya dan risiko berlakunya kemalangan atau silap langkah telah meningkat.”

Beliau akur bahawa Asia telah menikmati keamanan dan kemakmuran untuk tempoh hampir 50 tahun sejak akhir Perang Vietnam, dan ia mungkin sukar untuk kita bayangkan bagaimana perkara boleh menjadi berbeza.

“Namun seperti pengalaman Eropah menunjukkan, perkara boleh tersilap - konflik boleh tercetus, dan perang di Asia adalah satu senario yang tidak boleh kita nafikan,” kata Encik Wong.

Beliau berkata: “Kita sedang memasuki satu dunia di mana negara-negara kurang memikirkan tentang manfaat bersama dan lebih kepada keselamatan nasional mereka.

“Lantas kita mesti bersedia untuk menghadapi lebih banyak kejutan yang boleh menjejas dunia dan rantau kita, dan pastinya Singapura.”

Beliau menambah Singapura akan terus membangunkan satu rangkaian sahabat untuk meluaskan perkongsian kepentingan dan mengukuhkan kerjasama dengan semua kuasa besar agar mereka terlibat dalam rantau ini.

“Kita akan berjuang untuk mengekalkan kedaulatan dan hak untuk menentukan masa depan kita sendiri, seperti yang telah kita lakukan sebelum kemerdekaan kita.”

Perbarisan pada Sabtu itu menandakan tamatnya latihan berat selama 38 minggu di Sekolah Pegawai Kadet (OCS).

Daripada 370 lulusan, 269 daripada mereka merupakan pasukan tentera darat, 50 tentera laut dan 51 tentera udara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >