Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sahut seruan, sertai 'gerakan' #SalamMufti

Mar 11, 2020 | 05:30 AM



SUMBANGLAH dengan memainkan peranan kepada usaha mencegah penularan Covid-19 menerusi 'SalamMufti'.



Beberapa tokoh dan individu setempat telah menyahut gesaan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, agar Muslim setempat mengamalkan cara bersalaman yang dapat mengehadkan sentuhan fizikal dalam tempoh penularan wabak Covid-19 ketika ini.



"Saya menggelarnya isyarat 'SalamMufti' setelah Mufti kita mengeluarkan bimbingan untuk mencegah penularan Covid-19," ujar Encik Masagos, merujuk kepada mantan Mufti, Ustaz Dr Mohamad Fatris Bakaram, yang memberi bimbingan tersebut.



"Semua orang tahu apa yang saya katakan. Mudah dan menarik. Mari kita amalkan #SalamMufti," tulis Encik Masagos di Facebook.



Ustazah Amalina Abdul Nasir antara mereka yang menyahut seruan itu.



Penganalisis penyelidikan di Pusat Antarabangsa bagi Penyelidikan Pengganasan dan Politik di unit pakar di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), itu berkata:



"Semangat masyarakat kita untuk bersatu padu semakin membanggakan. Ramai telah ke hadapan dan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan. Ia menonjolkan ciri masyarakat kita yang berjiwa rahmah.



"Memandangkan kesudahan penularan COVID-19 masih belum pasti, kita mesti terus mengambil langkah berjaga-jaga dan sama-sama memberi sokongan kepada kakitangan barisan hadapan yang masih berjuang melindungi Singapura."



Ayuh sertai gerakan ini dengan memuat naik foto anda dengan hashtag #salammufti.



Gunakan sekali #BHSG, dan foto terpilih akan kami siarkan di akhbar ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >