Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saingan tiga penjuru rebut jawatan Presiden

Ketiga-tiga calon perkenal simbol masing-masing; Kok Song pilih tapak tangan dengan bentuk hati, Tharman pilih buah nanas, Kin Lian pilih bunga dijunjung empat orang
Aug 22, 2023 | 06:09 PM



Pada 1 September 2023, warga Singapura memilih antara tiga calon – Encik Ng Kok Song, Encik Tharman Shanmugaratnam dan Encik Tan Kin Lian – siapa yang mereka inginkan untuk menyandang jawatan tertinggi negara sebagai Presiden.

Ini setelah ketiga-tiga calon Presiden itu berjaya memfailkan kertas pencalonan mereka di Hari Penamaan Calon pada Selasa.

Mereka tiba di ibu pejabat Persatuan Rakyat (PA) di King George’s Avenue sejak sekitar 9.45 pagi untuk menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng, 75 tahun, merupakan yang pertama tiba, diikuti dengan mantan ketua eksekutif NTUC Income, Encik Tan, juga 75 tahun, dan kemudian mantan Menteri Kanan, Encik Tharman, 66 tahun.

Mereka semua tiba dengan pasukan pencadang, penyokong dan penyetuju masing-masing.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Encik Tan Meng Dui, secara rasmi mengumumkan ketiga-tiga mereka sebagai calon Presiden pada sekitar 12.30 tengah hari.

Berikutan pengumuman tersebut, ketiga-tiga calon telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada penyokong mereka yang sanggup turun padang sejak sekitar 9 pagi dan berkumpul di pusat penamaan calon itu.

Encik Ng, yang memperkenalkan dirinya dalam bahasa Mandarin, Melayu dan Tamil, menyeru agar warga Singapura memilih beliau sebagai Presiden.

Beliau berkata beliau boleh “melindungi tiga khazanah negara Singapura” – rizab, pelantikan perkhidmatan awam dan kestabilan sosial.

Seluruh kerjayanya di GIC dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dihabiskan untuk membantu Singapura membangunkan rizab negara, kata Encik Ng.

Beliau juga telah bekerja selama 45 tahun dalam perkhidmatan awam dan oleh itu, “mempunyai apa yang diperlukan untuk menegakkan integriti pelantikan perkhidmatan awam,” katanya.

Encik Tharman dalam ucapannya pula berkata beliau mengharapkan persaingan yang “bermaruah dan terhormat”.

“Ayuh kita nantikan kempen yang bermaruah dan terhormat serta kempen yang bertujuan menyatukan warga Singapura dan bukan memecahbelahkan kita,” ujar beliau.

Encik Tan pula berkata beliau mahu memberi warga Singapura peluang memilih presiden yang bebas.

“Saya mahu beri warga Singapura peluang memilih Presiden yang benar-benar bebas daripada pemerintah.

“Jika saya dipilih, saya akan menjalankan tugas saya seperti yang termaktub dalam perlembagaan dengan bersungguh-sungguh, jujur dan sedaya upaya saya,” kata Encik Tan.

Ketiga-tiga calon juga telah memperkenalkan simbol masing-masing.

Simbol Encik Ng ialah tapak tangan dengan bentuk hati.

Menurutnya, lima jari melambangkan pelbagai kaum di Singapura dan tapak tangan pula menunjukkan bahawa walaupun masyarakat Singapura mempunyai bangsa dan agama yang berbeza, mereka tetap satu rakyat.

Simbol Encik Tharman pula ialah buah nanas.

Menurutnya, nanas mempunyai banyak erti kepada masyarakat Singapura dan akan membawa tuah.

Simbol Encik Tan bunga yang dijunjung empat orang.

Empat orang melambangkan empat kaum utama di Singapura yang menjunjung bunga, satu lambang harapan bagi masa depan lebih baik, katanya.

Sebelum beredar, Encik Tharman juga sempat ‘mendedahkan’ simbolnya kepada para penyokong beliau, yang majoritinya telah memakai baju berwarna merah manggis.

Mereka menjulang buah nanas yang dipanggil ‘ong lai’ dalam bahasa Hokkien dan melambangkan kekayaan dan keuntungan akan datang.

Semasa ditanya media makna di sebalik simbol tersebut, Encik Tharman berkata:

“Ong lai – ia adalah simbol yang baik dan disambut baik ramai orang – apabila kita berpindah ke rumah baru, apabila kita memulakan perniagaan baru, apabila kita mahu nasib baik dan perkara baik berlaku, ia adalah masa depan kita.”

Berikutan pengesahan pencalonan mereka pada 22 Ogos, ketiga-tiga calon Presiden itu sudah boleh mula berkempen sehingga 30 Ogos.

Mereka tidak dibenarkan berkempen pada 31 Ogos yang merupakan Hari Bertenang.

Warga Singapura kemudian akan mengundi pada hari berikutnya, 1 September, yang merupakan cuti umum.

Jika tiada aral melintang, calon yang menang akan dirasmikan sebagai Presiden kesembilan Singapura pada 14 September.

Dalam pada itu, Agensi Keselamatan Siber (CSA) dalam nasihat yang dikeluarkan pada Selasa, menggesa pengundi agar berhati-hati terhadap penipuan dan serangan siber yang boleh berlaku semasa tempoh berkempen.

Mereka yang berniat jahat mungkin membuat akaun media sosial palsu atau mengedarkan laman web palsu yang meniru kandungan laman web kempen rasmi untuk menjalankan serangan pancingan data, kata CSA.

Penipu juga boleh cuba menipu dengan menyuruh orang ramai memuat turun perisian hasad atau ‘malware’ yang menyamar sebagai sofwe sah yang digunakan semasa kempen pilihan raya.

Laporan lanjut Pilihan Raya Presiden di Muka 5-8




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >