Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saktiandi: Perlu fahami keperluan negara di sebalik kenaikan GST

Feb 03, 2022 | 05:30 AM



MEMAHAMI keperluan negara amat penting bagi masyarakat menghadapi kemungkinan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).



Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, dalam satu wawancara dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini akur akan keprihatinan utama yang ditimbulkan ramai warga Singapura tentang menangani kos sara hidup dan inflasi serta rancangan kenaikan GST.



Namun, Encik Saktiandi menyatakan bahawa dari sudut pandangan ahli ekonomi, masyarakat perlu memahami tukar ganti, kesannya serta keperluan pelaksanaan peningkatan kadar GST kepada 9 peratus apabila ia dikuat kuasa.



Ini kerana cukai pendapatan dan GST adalah bahagian penting dalam struktur pendapatan negara bagi membiaya pelbagai keperluan, termasuk prasarana, pentadbiran, sokongan penjagaan penjagaan kesihatan dan sosial.



 



Sedang cukai pendapatan umumnya membuat golongan berkedudukan lebih baik membuat sumbangan lebih besar, GST pula memastikan setiap orang menyumbang bersandarkan corak perbelanjaan.



"Pemerintah perlu meningkatkan hasil pendapatan untuk membiayai peluasan sistem penjagaan kesihatan dan skim sokongan bagi rakyat Singapura yang lebih tua.



"Ini supaya negara kita mempunyai sumber pendapatan yang boleh diharap dan mencukupi bagi melaksana program sosial dan menyediakan asas bagi kedudukan kewangan pemerintah yang kukuh dan mampan untuk tahap pembangunan Singapura.



"Perbelanjaan penjagaan kesihatan disebabkan penduduk yang semakin tua, pelaburan pendidikan dan prasarana, perubahan iklim akan terus meningkat dan tidak akan dapat dielakkan," jelasnya yang juga Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group.



Menurut Encik Saktiandi, dalam menaikkan kadar GST, pemerintah akan mengambil beberapa langkah yang telah ditimbangkan untuk memastikan golongan pendapatan rendah mendapat sokongan sewajarnya dan dibantu membuat penyesuaian.



Bagi golongan berpendapatan rendah, pelbagai skim sokongan berkala dan jangka panjang bagi mengurangkan impak kenaikan GST seperti skim Baucar GST, baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC), rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) dan rebat U-Save.



Ini akan mengurangkan kesan kenaikan GST supaya kesannya tidak akan dirasai sehingga lima tahun selepas pelaksanaannya dan sepuluh tahun bagi golongan yang susah.





Namun kesan sebenar daripada GST baru ini adalah melebihi lima dan 10 tahun kerana ekonomi Singapura mesti kekal kompetitif agar ia boleh terus mencipta pekerjaan baik yang dapat memberi pertumbuhan pendapatan mampan bagi warga Singapura.







Perbincangan mengenai GST dalam sidang Parlimen baru-baru ini telah menimbulkan keprihatinan bahawa ia akan dinaikkan tidak lama lagi.



Soalan bila GST akan dinaikkan mungkin terjawab apabila Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, membentangkan Belanjawan 2022 pada 18 Februari, menurut beberapa pengamat sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >