Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saktiandi saran lebih banyak sokongan diberi pada individu bekerja sendiri

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



LEBIH banyak sokongan harus dihulurkan kepada golongan pekerja lain, seperti individu yang bekerja sendiri (SEP), demi memastikan mereka mempunyai simpanan mencukupi untuk persaraan, termasuk mempertingkat penyertaan mereka di bawah rejim sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



Memberikan saranan tersebut semasa perbahasan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Rabu, Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) memberi contoh pendidik dewasa bebas yang bekerja di tempat seperti pusat penjagaan pelajar, universiti dan institusi pendidikan privet, di mana sesetengah mereka mempunyai kontrak kerja jangka panjang.



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa membentangkan Belanjawan 2023, telah mengumumkan Skim Sokongan Peralihan CPF bagi Pekerja Platform (PCTS).



Ini akan membantu pekerja platform warga Singapura berpendapatan rendah - yang meraih pendapatan $2,500 dan ke bawah sebulan - bagi tempoh empat tahun pertama selepas langkah meningkatkan sumbangan CPF bagi golongan itu dilaksana.



Encik Saktiandi berkata terdapat sedikit perbezaan antara pendidik dewasa dengan pekerja platform. Beliau bertanya adakah terdapat ruang untuk menyelaraskan kadar caruman CPF mereka supaya mereka mendapat manfaat daripada sumbangan tambahan daripada institusi pendidikan.



Encik Saktiandi menambah bahawa buat masa ini, SEP hanya perlu menyumbang sebahagian peratusan pendapatan dagangan bersih mereka kepada Akaun MediSave, tetapi bukan kepada Akaun Khas atau Persaraan mereka.



"Berapa ramai SEP secara sukarela menokok Akaun Biasa, Khas dan Persaraan mereka? Saya perhatikan bahawa lapan daripada 10 pencarum CPF aktif yang berusia 55 tahun pada 2027 dijangka mempunyai simpanan mencukupi untuk menerima sekurang-kurangnya pembayaran Jumlah Persaraan Asas (BRS) CPF.



"Adakah pemerintah telah melakukan sebarang kajian mengenai bilangan SEP yang mampu memenuhi jumlah yang sama, sama ada dalam simpanan CPF secara sukarela atau simpanan peribadi mereka sendiri?



"Ini adalah penting kerana ia bermakna Belanjawan pada masa depan mungkin perlu menangani perkara ini," kata beliau.



Sementara itu, untuk membantu golongan warga Singapura berpendapatan rendah hingga pertengahan merancang dan memanfaatkan sebaiknya pendapatan persaraan mereka, Encik Saktiandi telah menyarankan sebuah inisiatif 'Perancang Persaraan'.



Beliau berkata perancang tersebut boleh memberi nasihat kepada mereka tentang skim yang layak mereka sertai dan cara mempertingkat taraf kehidupan mereka.



Walaupun sedar bahawa Lembaga CPF sudah pun menawarkan latihan sedemikian apabila pencarum mencapai usia 55 tahun, Encik Saktiandi berkata saranan beliau itu bertujuan memberikan nasihat kepada pencarum pada peringkat usia lebih awal.



Beliau menambah bahawa saranan itu juga tidak berbeza dengan inisiatif Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran yang diumumkan Encik Wong bagi menyepadukan jurang tenaga kerja dengan kemahiran dalam sektor dan membangunkan latihan relevan bagi industri.



"Berbanding merapatkan industri, penyedia latihan dan majikan, 'Perancang Persaraan' akan merapatkan jurang antara warga Singapura bergaji rendah hingga pertengahan, penasihat kewangan dan agensi pemerintah berlainan yang mentadbirkan skim yang boleh disertai mereka," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >