Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Salah guna wang skim pelaburan hotel di Makkah: Wanita dijel setahun

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang menyalah guna wang daripada sebuah skim pelaburan hotel di Makkah dihukum penjara setahun semalam.



Masita Samsudin, 49 tahun, didapati memindahkan wang daripada skim pelaburan itu ke akaun bank peribadinya dan kemudian mengeluarkan wang tunai lebih $213,000.



Dia berbuat demikian setelah berselisihan dengan pengendali skim pelaburan itu. Sebelum itu, dia bekerja dengan pengendali pelaburan tersebut selama tiga bulan.



Masita telah disabit dengan kesalahan menyalah guna wang itu secara tidak jujur sebelum ini, lapor akhbar The Straits Times.



Dokumen mahkamah menyatakan pada Februari 2015, Masita diperkenal kepada skim pelaburan itu di Malaysia oleh seorang kenalan.



Skim itu membabitkan pengumpulan wang daripada pelabur yang kemudian dilaburkan dalam beberapa hotel di Makkah di Arab Saudi.



Berdasarkan keuntungan yang diraih hotel-hotel itu, pelabur akan dibayar menerusi dividen.



Kenalan itu memberitahu Masita dia akan menerima manfaat dari segi kewangan jika dia membantu mengendalikan skim itu di Singapura.



Masita kemudian memberitahu seorang pengendali skim itu, yang dikenali dengan nama Sheikh Saidey, bahawa dia berminat berbuat demikian, menurut dokumen mahkamah.



Di bawah arahan Sheikh Saidey, Masita membuat pendaftaran bagi sebuah syarikat milik sendiri bernama Safwah Orchid Resources pada 25 Februari 2015.



Syarikat itu didaftar di bawah nama Masita.



Dokumen mahkamah menyatakan perniagaan itu dibatalkan dua tahun kemudian.



Masita juga mendaftar sebuah akaun bank di bawah Safwah Orchid Resources yang akan digunakan untuk menyimpan dana yang dikumpul bagi skim pelaburan tersebut serta keuntungannya.



Dokumen mahkamah menyatakan Masita bekerja dengan Sheikh Saidey antara Februari dengan Mei 2015. Ketika itu, dia terlibat dalam pembayaran dividen tersebut kepada pelabur skim berkenaan.



Meskipun tidak diberi gaji bulanan, Masita menerima komisen $50 bagi setiap AS$1,000 ($1,340) yang dipindahkan ke dalam akaun bank Safwah Orchid Resources.



Namun, Masita dibayar kurang $10,000 secara keseluruhan.



Masita kemudian berselisihan dengan Sheikh Saidey pada Jun 2015 dan berhenti bekerja untuknya.



Pada suatu ketika antara November dan Disember 2015, Masita memutuskan membuka surat-surat kenyataan akaun bank Safwah Orchid Resources yang dihantar ke rumahnya.



Apabila dia melihat akaun itu mempunyai simpanan lebih $400,000 hingga 31 Oktober 2015, dia berasa marah terhadap Sheikh Saidey kerana berasa beliau tidak bersikap jujur dengannya mengenai perniagaan itu di Singapura.



Masita menutup akaun bank tersebut dan memindahkan sekitar $261,000 ke akaun peribadinya pada 22 Disember 2015.



Dia kemudian mengeluarkan wang tunai sebanyak $213,000 dan dia tidak memulangkan sebarang wang itu hingga kini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >