Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Sambutan baik bagi bazar Raya Geylang Serai

Faishal: Timbang buka lebih banyak gerai bagi penuhi permintaan peniaga lain
Mar 25, 2023 | 05:30 AM



WALAUPUN hanya seminggu Bazar Raya Geylang Serai sudah dibuka, ia sudah mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan peniaga.



Setakat ini, lebih 95 peratus gerai makanan dan minuman (F&B) dan lebih 80 peratus gerai runcit seperti jualan baju kurung dan tikar telah disewakan dengan harga sewa antara $2,000 dengan $19,000, menurut kenyataan oleh Wisma Geylang Serai (WGS) pada Khamis.



Berucap semasa kunjungannya di Bazar Raya tersebut, Penasihat Utama WGS, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata:



"Saya gembira mendengar dari ramai peniaga yang menyatakan bahawa pada minggu pertama ini, perniagaan mereka sangat baik. Mereka dapat melihat bagaimana perniagaan mereka telah meningkat dan meraih manfaat dan keuntungan yang baik.



"Kini, sebanyak 660 gerai telah kami sewakan dan kami sedang bekerjasama dengan pengendali bazar untuk membuka lebih banyak ruang atas permintaan peniaga lain yang ingin berniaga di sini.



Ketika ditemui Berita Harian (BH), beberapa peniaga turut berkongsi bahawa perniagaan mereka semakin rancak, meskipun harga sewa tinggi.



Pengasas gerai The Messy Bros, Encik Jamsairi Kamaruddin, 40 tahun, yang menjual hidangan burger, air katira dan pelbagai jenis minuman lain, berkata:



"Alhamdulillah, perniagaan sangat baik. Beberapa hari ini kami lihat ramai orang semakin datang. Bagi gerai saya, kami hadkan harga makanan supaya orang ramai masih dapat mampu beli.



"Walaupun harga sewa tinggi, tapi dengan perniagaan dan bilangan pengunjung yang rancak selama seminggu ini, saya sudah dapat pulangan modal sebanyak setengah dari harga sewa," tambah beliau.



Seorang lagi pengasas gerai makanan Mango Bossku, Encik Mohamad Hussin Said, 38 tahun, juga berkata pendapatannya sangat memberangsangkan dan berharap lebih ramai peniaga akan datang berniaga di sana.



"Saya ada lima gerai di sini. Walaupun harga sewa tinggi, jujur saya kongsi dalam sehari, saya boleh meraih sebanyak $8,000 hingga $10,000.



"Nasihat saya bagi peniaga-peniaga, jangan takut untuk berniaga di sini... insya-Allah, boleh make it walaupun harga sewa tinggi," nasihat Encik Mohamad Hussin



Untuk menggalak lebih ramai penglibatan dari perniagaan dari rumah (HBB) dan syarikat pemula atau start-up, WGS telah menawarkan konsep sewa berharga $2,000 sepanjang tempoh bazar yang berlangsung selama 36 hari. Ini bermakna peniaga HBB atau pemula hanya perlu membayar sewa sebanyak $55 sehari.



Dr Faishal berkata: "Saya ingin menggalakkan peniaga HBB untuk berniaga di sini dan mengambil kesempatan daripada harga sewa yang berpatutan ini agar mereka boleh merasakan pengalaman berniaga di bazar.



"Mudah-mudahan pada masa hadapan, mereka akan lebih yakin untuk mendapatkan ruang yang lebih besar di bazar," ujar Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >