Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan Hari Kebangsaan peluang renung erti jadi rakyat SG: Presiden Halimah

Aug 26, 2021 | 05:30 AM



SAMBUTAN Hari Kebangsaan memberi peluang bagi rakyat Singapura merenungkan erti menjadi rakyat negara ini.



Malah, upacara tahunan itu juga merupakan masa untuk meraikan kemerdekaan Singapura, mengesahkan semula komitmen rakyat kepada negara, serta berdiri bersama sebagai sebuah masyarakat.



Demikian kata Presiden Halimah Yacob ketika menyampaikan ucapannya sewaktu majlis bagi menghargai penganjur dan peserta NDP 2021 yang diadakan menerusi Zoom semalam.



"Sepanjang kenegaraan kita, Singapura telah menempuhi pelbagai kesulitan dan cabaran dengan berdiri sebagai sebuah negara.



"Matlamat kita adalah untuk menjadikan Singapura sebagai tempat tinggal kita.



"Aspirasi yang berjaya ditonjolkan dalam tema Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, 'Bersama-sama, Semarakkan Semangat Singapura Kita' dan dengan pelaksanaan NDP tahun ini," kata Puan Halimah sambil menambah, beliau seronok menonton pertunjukan itu tahun ini.



Menurut Puan Halimah lagi, Singapura telah berjaya menunjukkan semangat daya tahan yang kolektif, ketabahan serta perpaduan walaupun ketika masa-masa yang mencabar.



Justeru 'Semangat Singapura' ini perlu dirai dan dibanggakan, tambahnya.



Puan Halimah menjadi hos majlis dalam talian itu untuk menghargai usaha jawatankuasa eksekutif, peserta dan sukarelawan NDP 2021 untuk menganjur perbarisan dan pertunjukkan yang selamat pada Sabtu lalu.



Secara keseluruhannya, lebih 8,000 warga Singapura bergabung tenaga dengan satu matlamat, untuk mengadakan pertunjukan yang berjaya dan menarik sempena menyambut ulang tahun negara ini.



Puan Halimah turut berharap sambutan NDP tahun ini dapat melahirkan keyakinan untuk menghadapi masa hadapan, ketika negara ini berusaha menjadi negara yang berdaya tahan dalam mengatasi Covid-19.



"Meskipun masih berdepan dengan wabak ini, para peserta, kakitangan penganjur serta penonton telah menunjukkan semangat yang luar biasa. Saya seronok menyaksikan acara itu.



"Ia merupakan satu persembahan yang menyentuh hati setiap orang dan membuat kita berasa bangga menjadi rakyat Singapura," katanya lagi.



Lebih bermakna lagi, sambutan NDP tahun ini juga memberi peluang kepada rakyat Singapura dari pelbagai latar belakang menunjukkan kebolehan mereka, menurut Puan Halimah.



Sebanyak 21 karya seni artis berbakat dari agensi perkhidmatan sosial telah ditampilkan dalam kipas berlipat dan pelekat yang terdapat dalam pek NDP.



Puan Halimah berharap semangat yang berjaya dipamerkan warga Singapura akan dapat diteruskan sepanjang negara ini mengharungi cabaran Covid-19.



"Covid-19 mungkin telah menjejas rancangan kita tahun ini, tetapi saya gembira semua orang memberikan kerjasama dan terus tabah.



"Mari kita terus kekal tabah dan bersatu sebagai satu negara, dengan mengukuhkan jalinan ikatan dan meraikan kepelbagaian kita," ujarnya.



Singapura meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-56 di tengah-tengah sekatan ketat bagi mengekang penularan Covid-19 di sini, dengan istiadat perbarisan berskala kecil di platform terapung Marina Bay pada 9 Ogos.



Perbarisan tahun ini telah ditunda pada 21 Ogos selepas tamatnya Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) pada 18 Ogos lalu.




"Sepanjang kenegaraan kita, Singapura telah menempuhi pelbagai kesulitan dan cabaran dengan berdiri sebagai sebuah negara.

Covid-19 mungkin telah menjejas rancangan kita tahun ini, tetapi saya gembira semua orang memberikan kerjasama dan terus tabah.

Mari kita terus kekal tabah dan bersatu sebagai satu negara, dengan mengukuhkan jalinan ikatan dan meraikan kepelbagaian kita."

- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >