Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan Tahun Baru dalam cuaca dingin dan hujan: Risiko banjir kilat di Commonwealth Lane dan Drive

Dec 31, 2021 | 04:45 PM



AGENSI air kebangsaan PUB memberi amaran mengenai risiko banjir kilat di kawasan pertengahan-barat Singapura apabila hujan berterusan turun pada pagi Jumaat (31 Disember).



Terdapat risiko banjir yang tinggi di Commonwealth Lane dan Commonwealth Drive dengan longkang dan terusan di kawasan itu berada dalam keadaan tampungan air yang penuh, jelas PUB dalam ciapan Twitternya sebelum 11 pagi Jumaat.



PUB berkata paras air dalam longkang dan terusan telah naik melepasi 90 peratus tetapi turun sedikit ke paras bawah 90 peratus sekitar 11.10 pagi.



Ramalan kaji cuaca 24 jam dan empat hari Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada Jumaat kedua-duanya menunjukkan hujan petir turun sekali sekala.



Kadar suhu pula dijangka turun serendah 23 darjah Celsius pada Jumaat.



Menurut pengamatan terkini dua minggu sekali MSS, suhu mungkin turun kepada 22 hingga 23 darjah Celsius pada beberapa hari di mana hujan turun.



Cuaca yang dingin dan hujan ini adalah kerana kewujudan monsun pada musim tengkujuh di bahagian timur laut buat masa ini yang kemungkinan berlarutan daripada petang Tahun Baru hinggalah hujung minggu, jelas Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam pos Facebook pada Khamis.



Singapura mengalami antara dua hingga empat musim melandanya monsun setiap tahun secara purata, dengan situasi itu berlaku kebanyakan masanya antara Disember dengan Mac.



Setiap situasi munculnya monsun itu biasanya akan berlarutan antara dua hingga tiga hari dan membawa bersamanya angin timur laut yang kencang serta cuaca dingin dan hujan berterusan di Singapura dan rantau sekeliling, tambah MSS. 



Hujan petir juga dijangka pada tengah hari dan petang sewaktu tempoh ini kerana penyatuan angin sekitar Singapura dan kawasan sekeliling.



"Sewaktu musim ini, mungkin terdapat kewujudan monsun yang membawa hujan berlarutan dan berleluasa di sekitar Singapura dan rantau sekeliling," tambahnya.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >