Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan ulang tahun ke-50 Merlion S'pura Sept ini

Aug 04, 2022 | 05:30 AM



ARCA Merlion Singapura yang ikonik di Taman Merlion akan berusia 50 tahun pada 15 September tahun ini.



Penduduk Singapura dan pelancong dijemput menikmati lebih daripada 20 kegiatan menandakan ulang tahun ke-50 ikon pelancongan Singapura itu.



Ulang tahun ini akan disambut dengan pesta selama sebulan yang merangkumi makanan, minuman, membeli-belah dan barisan kegiatan yang memberi penghormatan kepada umur arca Melion itu.



Sejak pemasangannya, Merlion telah menjadi lambang bagi negara Singapura dalam industri pelancongan.



"Merlion adalah simbol Singapura yang diiktiraf di seluruh dunia. Ia juga sinonim dengan pelancongan, yang telah membantu menjadikan Singapura sebuah bandar yang meriah dan rumah yang boleh dibanggakan oleh rakyat Singapura.



"Selepas dua tahun yang sukar bagi industri pelancongan, ini adalah masa yang baik untuk meraikan jubli emas Merlion dan menjemput penduduk dan pelancong menyertai perayaan iini," kata Encik Keith Tan, Ketua Eksekutif Lembaga Pelancongan Singapura.



Dari 15 September hingga 29 September, arca Merlion yang terletak di Taman Merlion di One Fullerton akan dinyalakan dari 6 petang setiap hari untuk meraikan Ulang Tahun Merlion ke-50.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >