Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambutan ulang tahun ke-50 RSAF ketengah pesawat generasi baru

Sep 02, 2018 | 05:30 AM



ANGKATAN Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) menyambut ulang tahun ke-50 di Pangkalan Udara Tengah semalam, dengan perbarisan terdiri daripada 480 orang serta penampilan 20 sistem pesawat dan senjata, termasuk pesawat terbarunya.



Buat kali pertamanya, pesawat generasi terbaru - Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) Airbus A330 - diketengahkan. Ia akan menggantikan pesawat KC-135 yang telah digunakan lebih 20 tahun.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, merasmikan perbarisan ulang tahun itu, yang mengakhiri sambutan jubli emas RSAF sepanjang tahun.



Perbarisan itu dihadiri sekitar 1,400 tetamu, termasuk Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen; Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Dr Mohamad Maliki Osman dan Encik Heng Chee How; Panglima Pasukan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong; dan Panglima Tentera Udara, Mejar Jeneral Mervyn Tan.



Dalam ucapannya, PM Lee mengimbas sewaktu beliau menghadiri sambutan ulang tahun RSAF ke-20 di Pangkalan Udara Paya Lebar, dan berkata RSAF memulakan langkah awal dengan pantas.



"Kita perlu mewujudkan sebuah angkatan udara dengan pantas. Singapura sebelum ini dan kini masih lagi negara kecil tanpa keupayaan strategik yang mendalam. Kita tidak ada ruang untuk berundur, bertukar ruang bagi masa dan berkumpul semula sekiranya berlaku serangan. Sebuah angkatan udara yang berkesan akan menjadi barisan pertama pertahanan dan pencegahan kita," jelasnya.



Beliau menggambarkan RSAF kini sebagai "angkatan udara yang profesional, terlatih dan serba lengkap".



"Ia merupakan tugas berterusan dan tiada kesudahan demi memastikan peralatan, teknologi dan sistemnya yang terkini,'' ujarnya.



Tetapi, PM Lee menambah bahawa angkatan udara kelas pertama bukan sekadar mempunyai teknologi dan peralatan terkini.



Jika tidak sama atau lebih penting, ialah bagi RSAF menjunjung tinggi disiplin, kerjasama dalam berpasukan dan komitmen, yang merupakan nilai-nilai teras yang ditunjukkan pegawai perintis dan diturunkan kepada pegawai selanjutnya.



"RSAF harus terus menarik lelaki dan wanita yang mempunyai jiwa dan semangat yang betul. Berkhidmat di RSAF memerlukan komitmen yang mendalam kepada negara," tambahnya.



PM Lee juga memuji RSAF kerana menunjukkan kepada dunia bahawa ia bersiap sedia daripada segi operasi semasa Sidang Puncak Amerika Syarikat-Korea Utara di Singapura Jun lalu.



"RSAF menunjukkan kepada dunia semasa Puncak itu bahawa mereka bersedia secara operasi. Anda ditugaskan melindungi udara kita dengan bentuk kubah di atas Singapura. Anda mempunyai lebih 20 pesawat di udara yang bersedia untuk berlepas, lebih 10 sistem pertahanan udara di darat dan kenderaan tanpa pemandu bersiap sedia. Ini merupakan operasi secara langsung, bukan latihan,'' katanya.



Sementara itu, Mejar Jeneral Tan berkata angkatan itu akan terus merombak menjadi RSAF Generasi Yang Seterusnya.



Memberi contoh penggunaan MRTT, beliau berkata pesawat itu berupaya mengisi minyak di udara dan mengangkut 111,000 kilogram minyak.



Berbanding pesawat lama, MRTT mempunyai daya tahan, kargo dan jumlah tempat bagi penumpang yang lebih baik. Ia boleh membawa sehingga 37,000 kilogram kargo atau 266 kakitangan.



Apabila diperlukan, pesawat itu juga boleh dilengkapi dengan peralatan perubatan bagi misi pemindahan aeroperubatan.



Laporan lain: Pengalaman pertama sertai Perbarisan RSAF50




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >