Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Saran pertingkat keupayaan digital, khidmat individu sektor khidmat sosial

Kumpulan kerja NCSS kemuka saranan bagi sektor, agensi khidmat sosial bangkit semula lebih kukuh lepas Covid-19
May 07, 2021 | 05:30 AM



TINJAUAN yang dijalankan oleh Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) tahun lalu menunjukkan agensi perkhidmatan sosial (SSA) berdepan cabaran terbesar dalam hal berkaitan pendigitalan, pengumpulan dana dan pengurusan tenaga kerja serta sukarelawan.



Demi membantu SSA mengatasi cabaran-cabaran tersebut, sebuah kumpulan kerja yang dibentuk telah mengemukakan beberapa saranan bagi SSA serta sektor tersebut membangunkan kemampuan mereka untuk bangkit semula lebih kukuh setelah Covid-19.



Antara saranan yang dikemukakan ialah meningkatkan kemampuan digital dalam sektor itu dan menekankan perkhidmatan berpusatkan individu terjejas.



Kumpulan kerja itu dibentuk oleh NCSS pada Mei 2020 dengan tujuan menyokong sektor perkhidmatan sosial mengatasi pandemik Covid-19.



Menurut tinjauan yang dilakukan kumpulan kerja itu, SSA berdepan masalah terbesar dalam pendigitalan, pengumpulan dana, pengurusan tenaga kerja dan sukarelawan serta membimbing kakitangan mereka mengharungi pandemik ini.



Namun, SSA rata-ratanya akur pengalaman mereka semasa pandemik telah membuahkan hasil positif seperti pengaturan kerja fleksibel, sesuatu yang mahu diteruskan selepas pandemik ini.



SSA juga telah bekerjasama rapat dengan warga Singapura untuk membantu mereka yang memerlukan.



"Covid-19 telah menekankan lagi kepentingan kerjasama erat yang membolehkan Singapura menghadapi cabaran serta bangkit lebih kukuh bersama.



"Anggota kumpulan kerja ini telah menyampaikan perspektif berbeza dan rencam, yang telah membantu menyokong sektor ini menyesuaikan diri terhadap Covid-19 tahun lalu," kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Antara cadangan yang dikemukakan kumpulan kerja yang dipengerusikan Presiden NCSS, Cik Anita Fam, ialah menyokong perkhidmatan yang berpusatkan individu.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan NCSS, kumpulan kerja itu menyarankan pendekatan berpusatkan individu untuk mengkaji dan merancang perkhidmatan berdasarkan keperluan pengguna khidmat tersebut yang berubah-ubah.



Selain itu, terdapat keperluan meningkatkan pengetahuan dan kemampuan memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan operasi dan memberikan perkhidmatan sosial yang berkualiti.



NCSS berkata ia akan melancarkan Puncak Perkhidmatan Sosial pada Julai 2021.



Semetara itu, kumpulan kerja itu bercadang membangunkan Indeks Buku dan Kematangan Digital yang membolehkan SSA menilai kesediaan digital mereka.



Indeks tersebut juga boleh berperanan sebagai alat pengukuran bagi NCSS menjejak progres kematangan digital dalam sektor perkhidmatan sosial, sambil memanfaatkan amalan terbaik bagi menilai inisiatif pendigitalan.



Kumpulan kerja itu juga menekankan kepentingan meningkatkan kemahiran dan kemampuan bagi membina tenaga kerja kuat dalam sektor tersebut.



NCCS akan terus menyokong SSA bagi menangani jurang dalam amalan tenaga kerja di seluruh sektor, serta menyediakan khidmat perundingan sehingga 90 peratus pendanaan bersama bagi lagi 20 SSA.



Buat masa ini, terdapat 90 SSA yang memanfaatkan program tersebut.



NCSS juga akan melancarkan Hala Tuju Pembelajaran & Pembangunan bagi Pengamal Pengurusan Sukarelawan pada Julai 2021, untuk memperkukuhkan jalan pembangunan mereka dan dengan itu, meningkatkan keupayaan pengurusan sukarelawan SSA.



"Kami harap saranan-saranan ini berguna bagi SSA untuk mengambil langkah seterusnya dalam membina kemampuan mereka bagi tempoh akan datang," kata Cik Fam.




"Covid-19 telah menekankan lagi kepentingan kerjasama erat yang membolehkan Singapura menghadapi cabaran serta bangkit lebih kukuh bersama.

Anggota kumpulan kerja ini telah menyampaikan perspektif berbeza dan rencam, yang telah membantu menyokong sektor ini menyesuaikan diri terhadap Covid-19 tahun lalu."

- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, mengulas mengenai saranan kumpulan kerja NCSS bagi sektor khidmat sosial dan agensi perkhidmatan sosial (SSA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >