Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saranan Pergas, MHPA harap dapat jadi panduan visual

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



SATU kertas saranan bagi pemakaian tudung untuk jururawat telah dihasilkan oleh Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) dengan kerjasama Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA).



Saranan itu diharap dapat dijadikan panduan visual untuk pihak berkuasa dalam menghasilkan tudung sesuai, selamat dan kemas serta mematuhi dasar-dasar klinikal.



Tudung yang disaran termasuk satu rekaan standard, berwarna putih, diperbuat daripada fabrik sejuk seperti rayon dan mesra stetoskop.



Turut disarankan ialah tudung yang membolehkan pemakaian pelitup atau gogal dan tidak menjejas pengawalan jangkitan.



Ditanya tentang penyesuaian yang disaran bagi bahagian di hospital yang tidak membenarkan penutupan aurat sepenuhnya, naib presiden Pergas, Ustazah Kalthom Muhammad Isa, berkata kertas saranan itu memberi panduan menyeluruh.



"Kertas saranan yang dibangunkan Pergas bersama MHPA mempunyai cara dan reka bentuk pemakaian tudung dan penutupan aurat tanpa menjejas piawaian penjagaan kesihatan seperti pengawalan penyakit berjangkit dan keseragaman.



"Kami berharap ia dapat disesuaikan dan ditambah baik mengikut kesesuaian dan keperluan sejajar dengan standard penjagaan kesihatan dan pengawalan penyakit berjangkit di Singapura," ujarnya.



Salah seorang jururawat terlibat dalam penghasilan kertas saranan itu ialah jururawat berdaftar Lubna Shah. Beliau berkata beberapa faktor diambil kira dalam rekaan itu.



"Kami mahu menunjukkan secara visual cara tudung itu dapat disepadukan dengan keseragaman, dan bukan dipakai secara berasingan.



"Ini ditampilkan dengan menunjukkan ia dipakai dengan, misalnya, pakaian seragam dan peralatan perlindungan peribadi (PPE).



"Selain itu, kami mahu menunjukkan secara visual bagaimana tudung sejajar dengan dasar pengawalan jangkitan serta ia tidak menghalang keperluan beroperasi," tambah Cik Lubna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >