Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Satu-satunya wanita dalam kontingen SCDF di perbarisan istiadat

Aug 08, 2021 | 05:30 AM



APABILA diberi peluang berbaris dalam perbarisan istiadat yang akan berlangsung sempena ulang tahun Singapura yang ke-56 esok, Pegawai Waran (WO) 1 Nadya Mohamed Zah teringat kembali zaman kanak-kanaknya.



Menurut beliau, sejak berusia sembilan tahun, beliau memang suka dan akan menanti-nantikan segmen upacara dan perbarisan Hari Kebangsaan.



"Waktu itu saya tinggal berdekatan dengan Stadium Negara lama di mana saya dapat lihat bunga api dan bendera terbang lalu dari koridor saya pada masa yang sama ia disiarkan di televisyen," ujarnya mengimbau kembali zaman beliau membesar.



WO1 Nadya, 35 tahun, sudah terlibat dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) selama enam kali sebelum ini, tetapi tugasnya adalah di balik tabir sebagai Pakar HazMat (bahan berbahaya) bagi angkatan operasi siap sedia Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Namun buat kali pertama tahun ini, beliau menyertai kontingen yang berbaris dalam perbarisan istiadat untuk tontonan seluruh negara.



Malah, beliau merupakan satu-satunya peserta wanita yang akan berbaris dalam kontingen SCDF kali ini.



"Saya berasa amat berbesar hati kerana diberi peluang mewakili kontingen SCDF bagi Hari Kebangsaan yang bakal tiba.



"Sebagai satu-satunya peserta wanita bagi kontingen SCDF, saya amat berharap ini adalah permulaan untuk ramai lagi pegawai wanita yang akan maju dan sertai perbarisan jika diberi peluang," katanya.



Berkongsi perbezaan pengalamannya dalam NDP sebelum ini dan kali ini, WO1 Nadya berkata antaranya adalah waktu persiapan.



Bagi upacara perbarisan, latihannya lebih lama dan memakan masa lebih dari dua bulan.



Pada masa yang sama, beliau perlu cuba serasikan diri dengan anggota SCDF dari unit lain sambil berlatih dengan gigih.



Walaupun akui beliau rasa gementar untuk berbaris di khalayak negara, beliau yakin dengan latihan mereka yang bersungguh-sungguh sejauh ini, beliau bersedia dari segi mental dan fizikal.



Menurutnya, 9 Ogos merupakan hari bersejarah dan istimewa yang menandakan kemerdekaan Singapura.



Justeru, walaupun di tengah-tengah Covid-19 dan terdapat penyesuaian yang perlu dilakukan bagi perayaan Hari Kebangsaan, warga Singapura patut tetap meraikannya.



Sementara perbarisan istiadat berlangsung esok, NDP yang ditunda akan diadakan pada 21 Ogos.



Berkongsi antara detik istimewa baginya, WO1 Nadya berkata:



"Saya rasa amat bangga ketika kami menyanyikan lagu Hari Kebangsaan dan juga ikrar sewaktu Perbarisan Hari Kebangsaan dan saya amat berbangga menjadi anak Singapura."



Menurutnya, beliau turut berasa patriotik dan teringat ketika mewakili Singapura sebagai sebahagian pasukan bola sepak wanita nasional Singapura.



Melahirkan harapan, beliau menambah: "Ucapan saya bagi setiap warga Singapura adalah untuk kami tetap kuat dan tetap bersatu dalam usaha kami untuk merintangi pandemik bersama."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >